July

Assalamualaikum & selamat sejahtera



Aku dah masuk first semester for my final year. Aku rasa macam kelakar sebab masa sampai sini haritu, aku dikirakan second year. Tiba-tiba ni dah final year dah. Alhamdulillah everything went well. Results untuk second year aku okay je. I was hoping for As, but lulus pun dah cukup bersyukur. Harini, genap dua minggu aku masuk semester baru. Aku rasa dah cukup kot main-main? Yelah, two weeks trial orang kata. Nak tengok courses tu sesuai ke tidak, menarik ke tidak apa semua. I hope I choose the right courses. Lepas dua minggu tak boleh tukar dah haha. Ini dah nak habis hari Ahad dah so, hadap jelah kan sampai habis. 

Aku join dance team untuk theater Malam Malaysia. It is a new experience for me. Not gonna talk a lot about it. Tunggu dah settle semua baru cerita (kot). 7 September ni show. Semoga semuanya dipermudahkan! 

Aku kena start active in blogging sebab aku rasa macam banyak benda yang aku boleh cerita & simpan kat sini sebagai memori. Well, anything can happen. We never know what future holds so why not. Probably aku kena target one new entry for each month. Barulah aku rasa kehidupan ni bermakna ye tak? Barulah aku nampak aku ni productive ke tidak haha. Lagipun, aku join beberapa benda semester ni jadi bila aku ada aim, tersusunlah sikit jadual tu. Aku tak tahu. Risau cakap tak serupa bikin tapi I can try. Belum cuba belum tahu. And maybe I have to force myself with hoping that lama-lama aku buat dengan rela hati. Aku rasa aku jarang sangat update entry baru sekarang sebab I already have people to talk about my everyday life. Plus, aku malas. 

Aku rasa semester ni aku akan busy gila. Look at my whiteboard below:


Banyak tak? Aku rasa banyak. Training tu dari 8pm-11pm sebenarnya. Aku tak update. Entahlah eh. Mungkin sebab dah setahun aku kat sini, aku tak pernah join apa-apa aktiviti yang memerlukan commitment yang lama & banyak. Tu sebab aku rasa macam sibuk lebih je semester ni. Tapi tak apalah, pengalaman baru. Ini pun aku sebenarnya ada reflective journal nak kena buat tapi belum start lagi. Kejap lagi aku start. 

Aku makan laksa tengah hari tadi! Laksa Penang kawan jual. Sedap! NZ$6.50. Berbaloi sebab banyak haha. Kenyang sungguh serious tak tipu. 


Sorry gambar tak berapa lawa sebab aku tak edit, Originally from phone's gallery je. Untung ada kawan pandai masak ni. Thank you Bonda (her nickname). 

Lepastu aku pergi Northland, beli necessities sikit dah nak habis. Pastu beli chips juga hehehe ada discount satu packet chips tu NZ$2 je. So aku beli dua packet! Hihi. Then aku pergi city. Makan cookies & strawberry milk. 


Ni jelah gambar ada filter sikit. Tapi takda gambar cookies lah malas nak ambil. 

Aku ada banyak benda nak buat, banyak benda kena plan tapi belum betul betul gunakan otak lagi haha. Doakanlah eh semoga urusan aku dipermudahkan. Itu jelah pun yang boleh minta. 

Okay nak kena siapkan kerjalah. Ada rezeki jumpa lagi. 




Wassalamualaikum

Suci dari hati, Syasya Amirah Binti Mohd Zaki



Comments

Popular posts from this blog

PLKN Pipelz

Will I Be Okay

Kucing Hitam Comel