Yang Pergi Takkan Kembali Lagi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Mimpi. Aku terasa macam mimpi. Dalam sekelip mata je boleh muncul, boleh hilang. Bukan nak kata aku tak terima kenyataan. Tidak sama sekali. Cuma...Macam tak percaya. Yelah, benda baru jadi. Walaupun siang tadi. Tetap baru jadi. Bila sorang-sorang, mesti teringat kat arwah. Bukan masa sorang-sorang je. Even masa ramai orang pun. Masa cikgu kat kelas KPP tadi tengah terangkan pun, aku boleh mengelamun fikir pasal arwah. Arwah dah meninggal dunia. Adibah Binti Norkhairy dah meninggal dunia. Kawan yang aku kenal sejak sekolah rendah dah meninggal dunia. Meninggal dunia. Dah takda.
Agak-agak, korang boleh bayangkan tak kalau situasi korang macam aku sekarang ni? Boleh? Fikir-fikirkan.
Arwah, sangat baik. Sangat suka nasihatkan aku. Sangat sopan. Arwah selalu cakap "terima kasih" kat Pakcik/Makcik driver bas yang hantar kitorang balik. Disebabkan itu, aku dah terikut sama. Bagus, arwah dah membawa satu ajaran yang baik kepada aku. Alhamdulillah.
Dapat tahu berita ni... Memang satu tamparan hebat. Aku terpaksa tahan air mata selama tujuh jam. Sebab ada class KPP. Aku taknaklah orang nampak. Kang pahal lak aku duk nangis. Sebenarnya bukan tujuh jam kelas tu. Tapi sebab campur rehat, cikgu semua tu yang jadi tujuh jam. Malas cerita. Sampai je rumah, banjir.
Terima kasihlah kepada semua yang telah memberi kata-kata semangat kat aku. Terima kasih. Semoga kalian mendapat barakah dunia akhirat insyaAllah. Allah Maha Adil.
Aku peluk Adibah. Nampak tak? Kenal aku kan?
Ni arwah
Aku memang perasan, gambar aku banyak dengan arwah. Masa graduasi tu pun arwah diri sebelah aku. Aku dah rasa lain macam tapi aku tak cakap. Aku diam. Aku pendam. Rupa-rupanya, itu petanda dia nak tinggalkan aku. Tinggalkan kami semua.
Kata-kata arwah yang sentiasa dalam ingatan;
"Syasya comel"
"I love you Syasya"
"I miss you"
"Terima kasih Cik!"
"Hai Sya comel"
"Sya, Sya balik pukul berapa?"
"Sya, balik dengan Dibah"
"Sya, teman Dibah"
Banyak lagi. Kalau ditaip, mungkin tak cukup. Kalau dihitung, tak cukup jari. Takpa, selebihnya akanku simpan sendiri. InsyaAllah.
Alhamdulillah. Semasa arwah masih hidup, aku sempat melafazkan kata-kata sayang, rindu dan maaf kepadanya. Syukur.
Masa exam Sejarah paper three, SPM. Arwah tak bawa buku teks. Jadi aku pinjamkan buku rujukan aku. Itu balasan arwah kepada aku. Sungguh terharu. Adibah Binti Norkhairy, Sya sayang Dibah Lillahi Ta'ala.
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.
Bawah ni link untuk berita tu.
http://www.hmetro.com.my/articles/Tigasekeluargamautkemalangan/Article?mutakhir
Bawah ni link untuk berita tu.
http://www.hmetro.com.my/articles/Tigasekeluargamautkemalangan/Article?mutakhir
*Gambar-gambar ni semua hanya untuk ingatan.
Jika benar dengan memuat naik gambar
orang yang sudah meninggal dunia itu salah,
tolong beritahu.
Tapi Paktam Md Radzi a.k.a YM kata
"Boleh hanya sebagai ingatan dan simpanan"
So boleh upload.
orang yang sudah meninggal dunia itu salah,
tolong beritahu.
Tapi Paktam Md Radzi a.k.a YM kata
"Boleh hanya sebagai ingatan dan simpanan"
So boleh upload.
Wassalamualaikum
Suci dari hati, Syasya Amirah Binti Mohd Zaki
be strong sya.. i know it's hard. but i know you really can !
ReplyDeletedont worry dear...alway pray for her...
ReplyDeleteal-Fatihah...
Innalillahiwainnailaihirajiuon..daripadaNya kita datang kpdnya jua kita kembali...doakan semoga Adibah dan seluruh keluargaNya ditempatkan ruh mereka bersama para solihin..Amiin yaRabb..
ReplyDeletewalaupun x berapa kenal, sebak pon ada . innalillah
ReplyDeletesabar sya..kita doakan dia selalu yaa....
ReplyDeleteTerima kasih semua atas kata-kata semangat dan doa kepada arwah. Semoga kalian mendapat rahmat dan diberkati olehNya di dunia dan akhirat insyaAllah.
ReplyDeleteMengalir air mata auntie ....mmg nampak arwah seorang yg baik...ada ketenagan di wajah beliau...siapa tahu..mungkin hajat nya nak bersama kedua ibubapanya dimakbulkan Allah swt...wallahualam...
ReplyDeleteSya tabah ye..sentuasalah hadiahkan Al Fatihah buat mereka yg tlh tiada...
Arwah memang sangat baik. Arwah merupakan seorang pendakwah secara diam. Arwah tak letak gambar arwah kat twitter sebab arwah taknak orang kenal siapa dia. Untuk mengelakkan timbul rasa riak. InsyaAllah. Terima kasih ye auntie :)
ReplyDeleteDia anak saudara sy ..banyakkan berdoa ..
ReplyDeleteTakziah daripada kami semua. InsyaAllah. Terima kasih pakcik/makcik .
ReplyDeleteAdik bongsunya yg koma juga telah kembali ke rahmatullah pagi tadi ..
ReplyDelete