Habis dah ke?

Assalamualaikum & selamat sejahtera
 
 
Hm okay hello, selamat pagi? Sepatutnya aku dah tidur sekarang tapi kena gagahkan diri juga nak buat new entry sebab kalau tak memang sampai tahun depan belum tentu ada post baru. Nak harapkan buat hari siang tu macam tak je... Malam I mean tengah malam pagi buta gini possible sebab senyap and seorang diri kat hall ni jadi boleh berfikir dengan tenang?
 
Aku alhamdulillah sihat, family sihat, sahabat handai pun sihat, boyfriend.. eh?
 
Alhamdulillah aku dah habis practical masa 31 March 2017 haritu yeay! Then settle presentation masa 10 April 2017 haritu yeay yeay! Ini bermakna I ada selangkah lagi untuk menuju ke hari konvokesyen. InsyaAllah ada rezeki, panjang umur dapatlah aku jadi salah seorang graduan Diploma in Entrepreneurship Kolej Profesional MARA Bandar Melaka.
 
Sebenarnya aku nak post entry baru masa dapat result practical. Takpun lepas konvo nanti sebab waktu tu aku memang dah confirm ada diploma kan hihi. Tapi takpalah, masa depan tak tahu macam mana jadi kita kongsi jela selagi diberi kesempatan ni. I nak buat appreciation post tapi malas nak asingkan jadi I masukkan ja dalam ni sekali LOL.
 
So, saya nak berterima kasih kepada semua lecturer yang telah mengajar saya dari semester satu sampailah semester lima. Practical pun termasuk jugalah ye. Terima kasih Madam Hamidah, Sir Nasir, Ustaz Fauzi, Ustaz Khairul, Sir Faizal, Sharmila Laoshi, Syarifah Laoshi, Madam Fatimah, Madam Halimahton, Madam Zakiah, Miss Bella, Madam Zarith Najiha, Samantha Laoshi, Madam Siti, Sir Fauzan, Miss Isalinda, Sir Hafiz drummer, Madam Zafina, Sir Fazli, Wendy Laoshi, Madam Shikin Omar, Sir Fauzi, Sir Mohair, Madam Rahimah, Madam Jun, Madam Dell, Madam Jariah, Ustaz Jafni, Miss Shikin Tan dan Sir Khairul Nizam. Terima kasih juga kepada semua lecturer yang pernah mengajar saya secara langsung ataupun tidak. Kalau ada nama yang saya terlepas pandang, mohon maaf. Semoga dipermudahkan urusan.
 
Okay sekarang masuk kat kawan kawan I ya habibi ramai. Al-Ameen, Syakir, Mat, Zizang, Apip, Gina, Zaty, Kak Ila, Kak Hasana, Leen, Nur & Nadh Gani, terima kasih banyak banyak sebab bagi pinjam kereta untuk kami beli barang berniaga semua. Tumpangkan balik hostel, tolong ambil kat Aeon, sanggup drive sampai ke Cameron sebab nak buat survey untuk CSR, tolong hantar & ambil kat MC dan banyak lagi sampai aku tak terkira. Terima kasih banyak banyak! Masa kita berniaga pula, terima kasih kat Hariry & Haziq sebab tolong beli cheese untuk cheesy wedges kita yang sangat laku. Thank you Haziq sebab sudi kongsi recipe! Kalau aku nak cakap satu satu memang banyak tapi terima kasih dengan segala ilmu, teguran, nasihat, perhatian, makan minum etc etc yang korang dah bagi kat aku. Minta halalkan ye kalau ada terlebih ke terkurang. Minta maaf juga kalau ada salah silap dengan korang. Semoga dipermudahkan urusan korang dunia akhirat!
 
This one, our Kak Mina. Mula dari sem satu kenal dia dan kami baru tahu yang kami ni sepupu. Like dua pupu. Padahal rumah dia dengan rumah nenek seberang je. The one yang setia melayan kerenah aku dari sem satu sampai habis practical. Tahu aku banyak tidur sebab stress katanya. Terkejut sebab waktu final sem 3, paper Managerial Accounting aku boleh tidur malam tu then pepagi buta baru menggagau cari dia minta explain. Sangat baik dan sangat suka tolong orang. Belanja kami satu rumah makan Kepci omg. Selalu memenuhi keinginan makan saya terutama terhadap Kepci :') Teman makan ice cream sebab saya emosi :') Belikan ubat sebab sakit, urutkan belikat sebab selalu sakit :') Mandikan saya hahahahahhaha (manja mode detected waktu tu). Ala rindu. Basuhkan rambut sambil urut kepala. Tumpangkan balik rumah nenek. Sanggup ulang alik pergi kolej untuk presentation LI. Tengok movie & Kdrama sambil makan samyang sama sama depan laptop!! Bilik sentiasa ada makanan and everyone loves you.Tolong selamatkan Sya dari lipas hahaha. Sanggup bangun sebab Sya kejut nak minta tolong bunuh lipas.
 
Kak Mina, ketahuilah anda bahawa dalam setiap kejayaan Sya, Kak Mina ada sekali *muah sikit*
 
Ini, my Bella Swan. Hahahaha. Tapi mata dia besar okay sebenarnya. Tak tahu kenapa tu tetibe macam nak sama dengan I hahaha. Faz I can't remember how I started to adore you. Ohhhhh yaaaaa sebab Faz macam baby. Sangat adik adik. Tapi Sya ingat lagi waktu tu atas katil dalam bilik Faz Kak Mina Ijie tu Faz kata Faz tak boleh bahasakan diri Faz dengan Sya sebagai aku-kau sebab Faz rasa macam kasar. LOL. Terima kasih banyak banyak sebab sudi kongsi segala benda bab hati dan perasaan ni. Dengar luahan hati Sya sampai sebak nak nangis. Kami buat surprise untuk birthday Faz. Ijie buat buat nangis then Sya dengan Raja ambil baldi berisi ais & air pastu curah atas Faz. Pastu Faz nangis sebab terharu atototo. Thank you my pizza partner!
 
Triplets. Lol. Korang aku taknak cakap banyak sebab memang kita selalu bertiga. Kenal sebab satu group mentor Rose Gold. Then course sama. Sem dua start rapat sebab aku tercampak masuk kelas mereka. Masa sem satu aku kelas DEN 1A. Sem dua terpaksa rela masuk kelas DEN 2B sebab kuota dah penuh untuk DEN 2A. I redha dan I bersyukur juga hihi. Terima kasih sebab tahan dengan aku yang lambat pickup. Ajar aku sampai aku faham. Ajar aku untuk fikir pasal orang lain (sebab dulu aku malas kisah pasal orang sekeliling tapi bila kenal mereka ni lain pula jadinya). Kenalkan aku dengan benda baru. Susah senang buat assignment sama sama sampai tertidur depan pintu bilik. Bawa aku keluar pergi uptown Melaka. Makan ice cream dalam satu tub tu kat foodcourt Aeon. Banyak sangat benda kita buat sama sama so aku simpulkan, korang juga ada dalam setiap kejayaan aku hihi. Terima kasih!
 
Budak kecil ni, kasut size tiga ke empat entah? Tangan memang kecil comel ja. Tapi dia punya bercakap tu hm punyalah ramah. Aida. First time aku perasan kewujudan dia masa dia datang rumah kami 143 E nak jual Parotha. "Nak beli Parotha tak?" Waktu tu aku tengah busy buat pancake. LOL. Start rapat tak ingat bila? Rasanya masa sem dua yang kena pi Cameron ada CSR dengan orang Asli Kampung Boh. Aida AJK makanan, aku setiausaha je, takda kerja sangat masa hari kejadian so aku tolonglah Aida. Teringat Cik Nan (one of our driver bus) nangis terharu dalam bas masa bagi ucapan sebab Aida selalu tanya Cik Nan dah makan ke belum sepanjang dua hari kami kat Kampung Boh. Terima kasih Aida sebab percaya kat aku. Cerita segala masalah dekat aku. Minta pendapat, minta ajar apa semua. Terima kasih sebab sanggup ajar kawan kawan kita walaupun masa dah suntuk. Thank you roommate sem lima! Hahaha
 
 
 
 
 
Terima kasih semuaaaaaaa I love you all. Ada je yang takda dalam gambar ni tapi DEN A & DEN B forever together. Selamat maju jaya untuk kita semua. Mana yang nak further studies, tunang, kahwin, buka business dan sebagainya tu semoga dipermudahkan urusan. Jemput jemputlah datang ke Siakap Emas hihi. Pape roger.
 
Settle ^O^ (Kat instagram tak full hihi)
 
 
 
 
 
Wassalamualaikum
 
Suci dari hati, Syasya Amirah Binti Mohd Zaki
 
 

Comments

Popular posts from this blog

PLKN Pipelz

Will I Be Okay

Kucing Hitam Comel