Thoughts or Confessions?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alhamdulillah pada Syawal ke lima ni aku diberi kesempatan untuk buat entry baru. Hiks. Rindu babe. 

Sedar tak sedar, aku sekarang dah masuk sem tiga. Tinggal dua sem je lagi. Lepastu Latihan Industri (LI) selama tiga bulan. Kali ni aku takda tulis entry masa sem dua pun. Mulanya sebab malas, lepastu banyak pula benda kena uruskan. Hujungnya memang tak update apa pun. Masa birthday haritu je. 

Sem dua haritu, sem yang paling sibuk dan penat aku pernah rasa. Yelah nak dibandingkan dengan sem satu, tak tertanding. Sem satu sungguh banyak masa lapang. Semua benda tersusun elok. Notes and flashcard semua boleh settle awal. Assignment pun. Tapi masa sem dua haritu memang busy habis. Notes last minit, flashcard pula apa lagi. Assignment, cukup-cukup masa je nak hantar. Assignment paling tough masa tu, kena berniaga selama 10 minggu. Walaupun banyak hal, akhirnya settle dengan baik juga. #EmpresariosRicos Result...alhamdulillah kekal sama macam sem satu. Semoga berkekalan sampai sem lima. Amin.

Cuti sem haritu paling bermakna. 29-30 Jun 2015, kekal dalam ingatan. Salah satu Ramadhan yang paling bermakna.

Selalunya bila bulan puasa je aku akan tukar lagu kat blog ni kepada lagu Raihan kan. Masa raya pun selalunya aku akan tukar tapi kali ni tak. Tak sempat mungkin? Sebab aku kalau nak tukar aku akan tukar sehari atau malam sebelum tu. Masa start puasa haritu tengah sibuk nau tak kuasa nak online. Aku kalau dah online memang berejam pula. Raya haritu pula kat kampung. Laptop tak berapa nak waras. Dahlah kena prepare untuk raya lagi memang taklah. Waktu dulu dan sekarang dah lain. Dulu kecil lagi tanggungjawab tak banyak mana. Banyak perubahan. Oh ye, sem tiga ni aku duduk asrama Tun Ali/Asrama Yayasan Melaka. Tak duduk Kesidang dah sebab student baru ramai sangat, tak muat. Takpalah new environment, new experience. 

Sekarang aku kat kampung Melaka, baru lepas hujan lebat. Sejuk! Mak ayah & Na baru balik KL tengah hari tadi. Dulu aku terfikir, kenapa bila nak dekat balik kolej je, Na mesti macam takda mood sangat. Takda ah nanti boleh balik lagi, bukannya jauh sangat. Melaka je pun. Lepastu bila aku kat tempat dia sekarang ni baru aku faham. Sedihlah. Nak kena hadap kerja apa semua, memanglah adat students but still... Aku pula bukannya selalu balik KL, balik rumah nenek pun jarang. Sebab tempat aku tu bukannya dekat sangat dengan rumah nenek. Nak minta orang tolong ambilkan pun macam berat. So lebih baik duduk hostel je. Tapi macam lawak, sebab aku yang jarang balik ni disalah ertikan. Aku dengar, orang kata aku jarang balik sebab aku tak ngam sangat dengan family? Oh ye? Lepastu katanya aku ni dulu social, sekarang baru berubah. Hahahahahahah engko buat lawak ye. Social apa awak kalau dulu nak keluar dengan member pun kena ada adik beradik yang teman? Kalau tak empat empat tu teman, salah seorang pun jadilah. Mungkin definisi social mereka adalah dengan tidak memakai tudung? 

Kita ni kalau jadi bagus sangat tak boleh juga, kalau kurang bijak sangat pun tak boleh juga. Dua-dua orang boleh pijak kepala, boleh pergunakan. Mestilah semua benda nak hasilnya elok, bagus, kemas. Tapi kalau asyik orang yang sama je ditunjuk, sampai bila orang lain nak merasa? Tak penat eh asyik tunding jari kat orang je? Memanglah bagi cadangan tu bagus, tapi sedar diri sikit boleh? Kalau asyik orang yang sama je buat kerja sampai bila orang lain nak maju? Taknak rasa berkembang sikit ke? Taknak tambah ilmu? Nak bantah pun dah tak boleh, dah sebulat suaralah katakan. Takpalah, aku cuba pandang dari sudut positif ye.

Aku rasa, sekarang ni aku banyak simpan. Tak macam dulu selalu share dengan orang. Sebab aku fikir, semua orang ada kepentingan mereka sendiri. Tak semua ada masa untuk kita. Tak semua nak dengar cerita kita. Memanglah kita selalu ada masa untuk mereka tapi kita tak boleh nak expect mereka pun akan buat benda yang sama untuk kita. Minta maaflah siapa yang selalu kena spam, kena kacau. Kalau tak suka tolong berterus terang ye terima kasih. High hopes is no joke mayyn.

Janganlah berharap pada sesuatu yang tak pasti.

Terima kasih kepada semua yang masih setia berkawan dengan saya. Semoga dipermudahkan urusan kalian di dunia dan akhirat. Semoga diberi kejayaan kalian sekeluarga di dunia dan akhirat.

"Berkawan sampai jadi sahabat" - YM Dr Sheikh Haji Md Radzi Haji Hanafi

Aku nak buat entry pasal birthday presents untuk tahun ni and tahun-tahun lepas yang mana aku tak cerita lagi tapi nantilah. Mungkin masa aku dah habis diploma nanti? 2017.

Oh! Marilah sertai kami pada 29 Ogos 2015 untuk memecahkan record dunia dalam program #MySilat #MyFest Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia. Tak teringin ke nak ada nama dalam sejarah negara? 






Wassalamualaikum

Suci dari hati, Syasya Amirah Binti Mohd Zaki

Comments

Popular posts from this blog

PLKN Pipelz

Will I Be Okay

Kucing Hitam Comel