PLKN Pipelz

Assalamualaikum & Selamat sejahtera


Minggu ni nak masuk dua minggu aku cuti sem. Kerja aku kat rumah ni membina lemak dan "mengkedepankan perut". Hahaha if you know what I mean. Asyik makan tak kira masa. Makan tidur makan tidur makan makan makan tiduuuuuuuuuuur. Mandi kemana apa pun kemana. Hakhakhak busuknya saya. Bak kata ayah, "duduk rumah je kan dik. Buatpa nak mandi. Bukannya buat apa pun". Hewhewhew. Dah bosan makan tidur, kita godek laptop pula. Lifeless sungguh okay. Tak produktif sungguh cuti ni xD Memang relax habis ah kira. 

So, lets talk about PLKN. Macam dah basi sebab dah berbulan-bulan tamat latihanzzz but I don't care. Ceritanya begini~

Sya daftar kat Zetro *kalau korang tahu* pagi pada 5 Jun 2014. Ramainya alahai manusia kat situ. Bermacam macam jenis size bag aku jumpa kat situ. Mula-mula aku ingat aku yang bawa paling besaq bag tu tapi ada lagi besaq dari aku. Ahahaha. Makanan je dah separuh bag mana taknya :> Masa daftar tu yang jadi pengiring kami ke Kem PLKN Segari ialah Cikgu Iffah. Garang macam hape je kasau nau. Tapi biasalah perempuan, dalam kekerasan ada kelembutannya. Pumpangpumpangpumpang dah sampai sana. Kalau nak tahu, ibunda saya berkaca kelopak matanya okay. Aish sedih saya. I tak nangis okay harap maklum.

Hari pertama kat situ je aku dah rasa kesengsaraan. Hahahahahaha. Letak bag pi Dewan Makan (DM), daftar untuk tentukan aku masuk kompeni & dorm mana serta number index Bravo! Adalah kompeni saya. Siti Zubaidah adalah dorm kami kompeni Bravo dengan sikit dorm Tun Teja. Oh saya masih ingat herherher. Awal-awal lagi dah kena interview. Ada video dalam CD. Kahkahkah. Cikgu Eddy so kiut. Okay sambung. Lepas pi DM tu kena pi ambil baju loreng, baju sukan, baju class, kasut, boot kat logistik. Angkat sendiri tanpa bantuan sesiapa you feel me. Dengan panasnya Ya Allah. Mana taknya, depan laut belakang pula hutan. Lalat berlonggok. Mana pergi semua ada lalat. Even tengah mandi pun ada lalat apa kes? Hahahaha lawak ah. Seret bag gedabak tu masuk dorm. (401) adalah nombor index saya. Nombor index ni maksudnya kalau ada apa apa, jurulatih/cikgu tak perlu panggil nama kau yang panjang berjela tu. Panggil number index je. So sendiri fahamlah kan. Aku ingatkan 401 tu katilnya tengah tengah dorm ke apa. Rupa-rupanya hujuuuuunggggg depan sekali. Paling jauh dengan kipas okay sekian. Panas tak panas haa kau rasa. Waktu tu dengan keadaan katil yang besi dah tercabut cabut, dengan tilam yang takda. Lepastu keadaan locker yang uzur. Aku rasa sangatlah malang masatu. Hahahaha teruk nau. Waktu tu kan cerdik tu kurang, jadi aku tanyalah jurulatih kat situ yang bernama Cikgu Ummi. FYI dia ni ganas gila garang cakap kasaq. Orang Utara~ Tapi baik :D Dia kata, "Hang pi lah tukaq dengan katil mana-mana". Bijak tak bijak aku pun tak terfikir oh alahai lembab sungguh. 5hb tu cawangan Zetro mai dulu. Jadi katil kosong tu banyak. Aku tukar jelah kisah apa. Locker sekali aku tukar. Herherher :3



Rutin harian, bangun pukul 5 pagi. Mandi, pi solat jemaah. Lepastu kira kekuatan kat padang kawad. Seterusnya senaman (aku paling suka waktu aerobik dia pergh seronok gila. Sejam tanpa henti. Senaman dengan kompeni pun best). Lepas senaman breakfast. Favourite breakfast aku ialah bihun goreng black pepper. Walaupun panas pepper dia tapi sedap. Hehehe. Then, masuk dorm salin baju class untuk masuk kelas. Minum pagi pula 10.30 am. Lepastu sambung class. Lunch 12.30 pm. Lauk favourite, ayam masak merah I guess? Dengan kari keling. Then masuk Zuhur kita solat berjemaah. 2 pm kumpul kat padang kawad untuk ambil kekuatan. Selalunya ada aktiviti. 4.30/5 pm solat Asar berjemaah then minum petang. Favourite minum petang saya ialah keledek goreng. 5.30 pm riadah pula. 6.30 pm dinner then masuk dorm ready untuk maghrib. Malam ada smart solat bagi muslim and non-muslim pun ada class mereka sendiri. Lajak sampai Isyak. 9 pm pi padang kawad untuk kira kekuatan yang terakhir pada hari itu. Lepastu adalah dia nak inform pasal esok punya cerita ke apa. Takpun meeting kompeni. First meeting kompeni, wira & ww Bravo dah kena marah dengan aku. Mereka kata suara aku paling kuat kat padang kawad tu. Hahahahahahahahah malu jap. 10.30 pm minum malam. Lepastu kalau nasib baik bolehlah balik dorm. Kalau tak di JLB lah para ketua. 11pm lights off kalau tak silap. Before 12 lah. Pastu kau ulang benda yang sama sampai tamat latihan. Weekend jelah ringan sikit. Class takda. Hari Ahad tu lawatan keluarga. Ketua masih kena bertugas. Blergh.

Okaylah habis bab tu. Hari ketiga, semua cawangan dah sampai. Malam tu kami kena kumpul kat padang kawad untuk pemilihan Penghulu & Penghuluwati. Settle bab tu maka bermulalah perjalanan di Kem Segari. Lepastu pemilihan ketua kompeni, aku masa tu buat sementara je. Takda niat pun nak kekal. Tapi kompeni aku semua setuju aku pun....OKAY. 

Baru dua minggu, bendera Bravo kena rampas. Sebabnya, wira tertinggal bendera. Sedih dia tak payah cakap ah brader. Denda dia memang 'Daebak' wa cakap. Kena buat macam nak masuk meminang. 13 dulang dari pihak perempuan dan 9 dulang dari pihak lelaki kalau tak silap. Lagi teruk, aku kena jadi perempuan yang nak dipinang TT_TT Pakaian kami, baju kurung lengkap dan BOOTS. KAU BAYANGKAN PAKAI BAJU KURUNG DENGAN COMBAT BOOT!! Ini semua idea Abang Az a.k.a Cikgu Azhar & KJ(Ketua Jurulatih). Tapi Cikgu Azhar sampai la ni masih contact dengan aku lagi. Hewhew terharu jap :> Tapi hal bendera tu memang salah wira & wirawati Bravo sebab tak bertanggungjawab. Malam tu tak dapat juga bendera sebab macam ada kesalahan sikit. Esok pagi, baru dapat. Nak dijadikan cerita, malam tu kompeni Bravo yang bertugas malam. So shift yang terakhir pukul 4-5.30 pagi. Jadi KJ bagi kat wirawati yang bertugas waktu tu. Dia kata "jangan hilangkan lagi/ jaga elok-elok" Tak ingatlah. Masatu yang bertugas kalau tak silap aku, Wana & Fara. Ke Wana & Aida entah? Tapi Wana masuk je dorm tu terus lari peluk aku. Masatu tak tahulah gembira dia macam mana. Hoho. Tapi waktu kena meminang tu memang kenangan habis. Aku nangis banyak gilaaaaaa. Baru dua minggu dah nangis. Hahaha. Stress!




Kalau nak cerita semua aktiviti kat situ, memang banyak. Segala drama, novel, cerpen, iklan semua ada tau. Pahit manis asam garam semua ada. Memang banyak sangat nangis masatu. 

Kembara halangan, kawad kaki. Lepastu game yang kena penuhkan tempayan yang dah berlubang. Bravo wira second place antara wira dan Bravo wirawati first place antara wirawati (ww). Semangat berpasukan, setia kawan, kompeni, semua memang kuat. Ukhuwah memang erat. Rindu. 

28/5/2014

Hari kelahiran saya. SAYA KENA BIRTHDAY PRANK!!

Malam masa 27 May tu dah mula dah prank. Ruthra, ketua kompeni Wirawati Alpha nak jumpa aku then cakap dengan aku pasal anak-anak buah aku. Wirawati Bravo lah kan. Ruthra buat cerita kata yang wirawati Bravo ni kutuk-kutuk Alpha lah amende. Dahtu masuk dorm orang terus terjah je takda ketuk pintu. Aku bab adab ni memang pantang sikit. Nak nak pula aku dah pesan kat anak anak buah aku tu kalau nak masuk dorm orang lain, ketuk dulu baru masuk. Jangan main terjah je. Memang malam tu havoc gila! Ruthra masuk dorm aku, cakap cakap dengan aku. Lepastu tetibe dia marah anak-anak buah aku which is ww Bravo lah. Dia kata kalau nak cakap tu jangan cakap belakanglah apalah. Gaduh ah masatu. Pastu Ruthra masuk dorm dia. Anak-anak buah aku pula pi ikut Ruthra tu masuk dorm hempas pintu semua. Marah marah. Aku memang hangin satu badan takyah cakap ah. Sebab kalau gaduh ke apa nanti ketua yang kena --" Aku ingat ayat ww Alpha, "Bravo boleh pergi mampus!". Pergh berdesup telinga. Sebab yang cakap tu satu class Maksima, satu group dengan aku. Syuhada nama dia. Then Wafa, kompeni aku terus tarik tangan aku masuk dorm Bravo. Aku jerit kat semua apaentah memang marah gilalah kat kompeni sendiri. Then, lights off! Aku duduk kat katil. Wafa dengan Joe tengah makan maggie cup. Aku panggil diorang tanya apa jadi semua. Diorang berlakon memang baik punya. Konon tak tahulah apa. Yang aku peliknya, diorang relax gila. Even assistant aku pun watlek watpeace je tau. Dahtu Wafa kata tak payah fikir, dia suruh aku tidur je.

The next morning, memang aku senyap moody gila. Ain Nordin, katil depan aku is the first wisher. Senyum sikit ah aku masatu. I am the first one yang akan siap dalam dorm tu. Aku keluar dorm aku duduk kat meja kayu. Oh ya, dorm Bravo and Alpha memang berhadapan. Masa nak jalan pi meja kayu tu assistant aku, Eann peluk aku and wish Happy Birthday. Berderai air mataku~ 

Masa senaman pagi, nak buat senamrobik ke apa entah. Ruthra cakap, "ww Alpha, jangan bercakap dengan ww Bravo. Jangan dekat dengan mereka. Buat bodoh je". Perghhh perasaan aku masatu macam KEBABOMM!! Tapi aku kan cool. Cehh. WW Bravo pun mula cakap cakap. I thought it was the worst birthday ever. Seriously. 

Naik dewan makan, lepas ambil makanan tu Ruthra panggil aku. Dia kata dia ada benda nak cakap. Dahtu pula dia pi kat ww Alpha & Bravo yang tengah beratur nak ambil makanan. Aku dah risau buat kacau nanti ketua juga yang kena argghhh risaunya. Ruthra kata "I taknak settlekan kat dorm I nak settlekan kat sini. Semua ww Bravo mari sini." Kami kat meja makan ww Bravo masatu. Aku cakap janganlah buat kecoh kat sini depa nak makan kan. Settle lah kat dorm. Memang muka aku kat situ risau gila. Tiba-tiba...

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Syasya,
Happy birthday to you~~~~

Berderai lagi air mataku~

Ruthra terus peluk aku. Dia wish happy birthday and else. Lepastu anak-anak buah aku & ww Alpha serta my lovely assistant. It turns to one of the best birthday prank ever. Wira pun wish happy birthday. Aku dapat birthday card dari ww Bravo. Satu je tapi ada wish diorang kat situ. Even penghuluwati pun wish juga kat situ. Ahakz. They called me "ibu" btw and Ayie, ketua kompeni wira Bravo as "ayah". Lol lawak je. 

Jadi pelatih kumpulan dua ni sedih banyak ah. Sebab ramai pelatih kena balik awal atas urusan belajar. Apakan daya. Aku naik pangkat jadi penghuluwati pun sebab penghuluwati sebelum-sebelum ni kena balik awal. Takpa ah merasa juga. Alhamdulillah berkat guru, mak ayah dan semua orang, aku dapat Anugerah Ketua Wirawati Terbaik Keseluruhan. 

Terlalu banyak pengalaman kat segari. Segalanya disimpan rapi. Dengan izin-Nya. 

Denda paling tak boleh lupa, kena penyu bertelur depan semua pelatih sebab waktu aku nak melapor kekuatan kat penghulu & penghuluwati tu aku lupa nak bagi command sedia kat ww Bravo. Waktu tu aku still lagi ketua kompeni. Denda lagi satu aku tak tahu nama dia apa. Yang dia bagi masa dua/satu minit kau kena tukar baju. Dari baju sukan ke baju class ke loreng ke sukan ke loreng balik. Denda favourite Cikgu Iffa. Penat saya. Berpeluh peluh. Masatu aku sebagai naib penghuluwati. Masa dah jadi penghuluwati tu takda kena denda apa-apa kot? Herherher. Seminggu je pun merasa jadi penghuluwati. To be honest, jadi ketua kompeni lagi penat.


Assistant saya, Eann Low Wan Wern/Eann/Yana/Mummy Eann. Dia Chinese, Kristian. Tapi yang kelakarnya dia tak berapa reti cakap cina. Nak faham pun okaylah. Hahaha comel je. Dia dengan family speaking je. Dengan kami pun dia speaking juga kadang-kadang. She is so sweet :> (muka aku waktu ni tak tahulah nak describe macam mana)


Satu Malaysia! Rujashna Ruthra. The mastermind. Ruthra sangat kelakar and berdisiplin ok. Tapi kami Alpha Bravo boleh panggil dia "Nur Balqis". Hahaha


Ummi Tasnim. Hehehe. Anak-anak Bravo. Pandai kawad (Y) Belakang tu Azraie Bun, wira Bravo. 

Ayie/Ayah. Pfft. Ketua Bravo Wira. Ada satu kisah, kami para ketua kena duduk semeja menghadap masing-masing. Sampai tamat latihan. Kau rasa apa? Pertama kali duduk menghadap kena ngadap muka Ayie pula. Muka dia scary okay dia suka nau tenung aku makan. Walaupun handsome but still.. Hahaha. Aku makan tak habis first time tu. Lama-lama macam...okaylah. Dah bertegur sapa semua. Hohoh. Thanks for everything, Ayie! (ehem sekarang ehem dia dengan ww Bravo ehem Pika namanya ehem tak sangka. Hahaha)

Mak aih hitam aku tak tahulah -_- Hadi! Dia ni peramah pula. Kesian dia tau, awal-awal lagi kena marah dengan aku. Hahaha. Alkisah, kami kena buat bendera kompeni masatu awal-awal masuk lagi. Jadi ada kumpulan-kumpulan yang dah dibahagikan tugas. Ketua kena tengok anak-anak buah dia buat kerja ke tak jadi aku nampak si Hadi ni pi kumpulan orang lain. Kerja sendiri belum settle ada hati nak tolong orang. Aku bengang ah masatu. Free je kena marah. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Sampaikan Hadi ni panggil aku cakap "Cuba kau senyum sikit." Aku senyum ah. "Haaaa boleh pun senyum." Mereka kata, aku garang. Kakaka. Tapi Ayie tak pernah rasa aku garang. Sekian. 

Danial Haikal Richardson. Bravo of course. Dia salah seorang "penyeri" di Segari. Yeap.
"Syasya nanti kau dah besar kau cari aku tau kita kahwin." 
Dia lawak, sangat.

Lelaki tu, namanya Nizam tapi panggil Dragon. Penyeri Segari juga ni. Samalah dengan Richard dua dua lawak. Nakal. Perempuan tu pula Nurul a.k.a adik Fai. Hahaha okay tak baik. I bet ramai kot kenal Nurul sebab dia sekolah Setapak Indah dulu~ Nurul and Eann, my favourite people. Bravo will always be my favourite.

Korporal Nizam. He put his trust on me. Terima kasih cikgu!

Cikgu Azhar a.k.a Abang Az. Sarjan di TUDM. Dia sangat tegas tak tahulah nak apa. Tapi ada sebab, he loves Anak Melayu so much. 
"Segala yang dia buat tu sebab nak betulkan anak Melayu" - Ayie
Abang Az favourite line is, "Ku terima, walau sakit hati" -Sandiwara Cinta. Lol
Sampai sekarang, alhamdulillah cikgu masih lagi contact dengan aku. Eh bukan senang tau cikgu nak ingat anak-anak didik dia. Syukur.

Akhmal, our Penghulu. Gambaq dengan penghuluwati takda pun haha. Akhmal ni Bravo juga ye. Akhmal & Ayie, konon bodyguard aku masatu. Poyo sangat. Tapi Ayie balik awal sebab sambung belajar. KONON. Hahaha. So tinggal Akhmal sorang, sampai tamat latihan. Heee. Tinggi okay dia ni macam hape je.

Jiha Bravo. Rindulah nak makan maggie sesama malam-malam. Ish. Rindu semua ww Bravo. Tangan aku tu kau boleh tengok betapa bezanya hahaha. Sendiri fikir. Seronok pakai loreng sebab belt tu menimbulkan rasa yang kau tu kurus. Hihihi. Sebab kena pakai ketat :>




 Mendalam tau maksud dia.


 Okay ni masa pilihan raya. Kan bermacam jenis orang yang ada kat Malaysia ni kan. Nampak tak ada perempuan & maknyah tu? Pakai tudung tu Ayie. Hahaha. Lagi sorang tu Alep. Lol

 Eann & Ewan. Selalu jugala jog dengan Ewan sampaikan ada yang tersalah tafsir. Pipelz.

 Alip, Peng, JT, Hadi & YB













Nombor index

401

Nama panggilan di Segari;

Ketua Kompeni Wirawati Bravo (KKWWB)/ Naib Ketua Keseluruhan Wirawati (NKKWW)/ Ketua Keseluruhan Wirawati (KKWW)/ Abang handsome/ Daung Pisang/ Ibu/ Sepet & PHD (Dragon je yang panggil)

http://instagram.com/p/p3rW00sAPL/?modal=true




Aku rasa banyak lagi gambaq sebenarnya tapi tak dapat lagi. Takpalah tu next entry. Aku update dengan lagu kat PLKN sekali. Lagu yang wira reka pun ada juga.

Nak bagitahu, masa majlis penutup tu Haziq Hisham datang. Oh terharunya sayaa. Sebab aku expect macam takda siapa keluarga aku nak datang tengok. Sekali lepas habis je tu terus Haziq panggil nama ke aku yang nampak dia entah tak ingat. Aku terus lari kat dia masatu terharu gila dan terkejut sangat-sangat. Jerit sikit ah aku waktu tu. Dia datang seorang diri ke Lumut Perak mak aih sanggup. Naik bas pula. Then taxi lah kot?Segalanya takkan mampu dibalas Sya. Terima kasih yang tak terhingga daripada saya. Semoga Allah merahmatimu dan keluarga. Amin.





Wassalamualaikum.

Suci dari hati, Syasya Amirah Binti Mohd Zaki





Comments

  1. Apakah jawatan pelatih PLKN? Mula dari yang paling tinggi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, mula dari;

      Ketua Keseluruhan
      Penolong Ketua Keseluruhan
      Ketua Kompeni
      Penolong Ketua Kompeni

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Will I Be Okay

Kucing Hitam Comel