Victory! Victory! Yes Sir!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


"Johan keseluruhan kawad kaki bagi kategori NGO dimenangi oleh PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA!!!" 

Like, OH MY GOOOOOOODDDDD!!!!! Alhamdulillah! Nak menangis je okay. Semua menjerit tak sangka. Haha. Syukur syukur syukur, alhamdulillah! Ketua Plantun terbaik juga dimenangi oleh Persatuan Puteri Islam Malaysia. Tahniah Delimatul Jannah! :D Kami menjerit macam apa je. Lepas tu peluk ramai ramai, ambil gambar semua. Mesti rindu nanti ;) Peluk semua orang lagi. Huaaa seronok! Selepas penat lelah, jatuh bangun, hitam manis semua. Cehh. Alhamdulillah usaha kami selama satu minggu lebih ni dibalas. Syukur. Walau bagaimanapun, segala yang terjadi dengan izin-Nya ;) Bila lagi kan kita nak rasa semua ni? Ni tahun terakhir bagi batch '96 untuk berada di sekolah. Jadi, cipta sejarah banyak banyak. Simpan dalam hati. Dah besar nanti ingat balik. Tapi perjuangan belum habis. Kami bakal menyertai peringkat daerah, insyaAllah. Kami dapat nombor lima masa cabut undi tu. Daripada 15 persatuan. Ni campur GO dan NGO. Memang semua berharap dapat nombor tengah pun. Fuhh nasib baik! Fareesya kata dia nak bagi cake setiap sorang kalau johan. Sekali memang johan. Haha. Kami menanti cake anda dengan penuh kesabaran ye princess? ;D 

 Zaman sekolah zaman paling seronok. Mari kita belajar untuk menambah ilmu dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia! ~(^O^~)


"Kita boleh buat bukan sebab kita, tapi Allah yang izinkan" -YM Syeikh Dr Haji Md Radzi Hanafi


Sekian sahaja daripada saya. Dibawah ini slogan kami xD


PUTERI ISLAM, VICTORY!
PUTERI ISLAM, VICTORY!
PUTERI ISLAM, YES SIR!

Ni hari Jumaat. Pertandingan hari Sabtu. Kami melepak di tempat melepak baru. Hehehe. Lepas sekolah ye :p


JOHAN NGO. 25 orang kesemuanya ;D


Dari kiri Sya, Delimatul Jannah (Ketua Plantun Terbaik NGO) :D

Hoho depan cermin pun boleh~



Fair and lovely bak kata Dwan. Haha xD

Sumber: Fareesya




Wassalamualaikum






Suci dari hati, Syasya Amirah binti Mohd Zaki

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PLKN Pipelz

Will I Be Okay

Kucing Hitam Comel