Terlalu Sibuk
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Disebabkan blog belum dapat dibuka, yelah dah masuk KPM ni banyak lagi
benda yang belum update, aku jadikan Microsoft word sebagai platform untuk aku
meluahkan perasaan kejap. Nak cerita kat orang, aku pun belum rapat lagi dengan
diorang. Lainlah masa kat Segari. Suasana kat Segari dengan KPMBM sangat
berbeza. Sikit jelah yang sama pun. Yang sama, kenal dengan kawan-kawan baru.
Macam-macam perangai aku kenal. Kira dah boleh bacalah. Haha. Tengok je dah
boleh tahu diorang macam mana sebab pengalaman kat Segari banyak. The thing is,
aku rindu Segari. Rindu suasana kat Segari. KPMBM ni lain. Bangun pagi sendiri,
dah takda announcement. Memang tak boleh nak harap sangat kat member-member
KPM, diorang lain. Segari lain. Aku rindu Siti Zubaidah K2S11/2014. Pastinya,
hati memang bergantung pada Allah SWT.
Kat sini nak bangun sahur/pagi kena set
alarm. Kat Segari ada member-member yang boleh kejutkan. Ada announcement.
Lepastu nak pergi mana-mana semua sendiri. Hmm, kat Segari aku dah biasa
sorang-sorang sebab jadi ketua kan. Selalunya kita yang pergi dulu. Apa-apa pun
dari kita. Kat sini aku jadi pelajar biasa je. Setakat nilah. Tapi dengan izin
Allah, berkat guru dan mak ayah serta usaha diri sendiri, aku buat sedaya upaya
untuk jadikan aku seorang pelajar KPMBM yang luar biasa. Menjadi pelajar
cemerlang untuk setiap semester. InsyaAllah. Niat kena betul, azam kena kuat.
Semangat kena sentiasa pertingkatkan. Hati batu. Iman dipertambahkan
insyaAllah. Contoh terdekat, macam kakak aku sendiri, Nadirah Binti Mohd Zaki.
Dapat deans list untuk setiap semester. Semester empat, dia dapat four flat.
Alhamdulillah tahniah! Diploma In Business Studies (DBS). Aku, Diploma In
Entrepreneurship (DEn). InsyaAllah.
Walaupun belum mula belajar lagi, tapi aku
dah dapat rasa perit getirnya. Hal pendaftaran hampir ke garisan penyelesaian.
Der, duduk rumah empat hari je lepastu dah masuk KPM pula. Banyaklah document
yang belum settle. Medical check up, Isnin ni baru buat insyaAllah. Yuran semua
dah settle awal, Alhamdulillah. Tiga bulan duduk hutan, tiga tahun duduk
bandar. Aku lebih prefer duduk hutan dengan bersuasanakan Kem Segari. Hahaha.
Walaupun stress tapi best. Sihat pun sihat. Everyday wajib ada exercise. Kat
sini… Kena pandai-pandai sendiri. Entahlah. Mungkin baru lagi kat sini. Class
pun belum start. Jadi aku rasa bosan. Kat Segari jadual memang pack. Kat sini
on the way kot? Schedule pun belum dapat lagi. Harapan, semoga KPMBM segempak
dan sebagus Segari. Dari segi tenaga pengajar sampailah warga asrama dan kolej.
Paling penting, lecturer & member.
Aku duduk rumah kat sini. KPM memang
sediakan. Member rumah pun… tingkat atas memang ngam sebab tingkat aku. Tingkat
bawah akan diusahakanlah. Hoho. Susah kalau ada sifat assabiah dalam rumah ni
-_- Aku dah biasa duduk sekali dengan member, jadi bila ada yang tak ngam ni
sangatlah tak seronok.
Next, aku belum lagi ada kesempatan untuk menceritakan segala-galanya
yang berlaku kat Segari. Mungkin aku akan meleleh kot kalau cerita? Haha. Rindu
weh rindu. Kalau boleh nak sambung lagi tiga bulan. Dengan jurulatih yang sama,
kawan-kawan yang sama, kompeni yang sama, dorm yang sama, pangkat yang sama. Takda
pindah-pindah kem. Aku rindu pangkat aku sebagai Ketua Kompeni Wirawati Bravo.
Walaupun siksa. Ahha. RInduuuu semuuaaaa kat Segariii. Rindu Jinggo juga TT_TT
Kalaulah boleh diputarkan masa. Lantak pi ah kena denda ke apa. Kata hati batu.
Hahaha. Rindu Segagah Seladang. Rindu Segari. Memori Segari sentiasa terpahat
dalam hati. InsyaAllah ada rezeki, aku cerita pasal Segari dari mula sampai habis.
Lagipun cerita Segari aku tulis dalam Diari Islam. Bolehlah kot aku nak korek
balik dan cerita kat sini. InsyaAllah.
Masuk MARA kena speaking. So I have to start speak in English. Most of
the subjects will be in English. Hancur karam lebur hanyut macam mana pun
English korang, berkecai terabur berderai mana pun grammar korang, memang kena
speaking. Kena start speaking dari sekarang supaya English kita berhabuk. So
that we can speak in English fluently. Ecewah. Aku entah macam manalah nanti.
Mesti ada presentation by group and individual. Bantai jelah. Yang penting,
kena yakin. Bergantung hati pada Allah. Usaha mesti ada. Banyakkan baca
buku-buku inggeris. Eheh. Tak faham tanya/ cari kamus. Google dah common
sangat. Ceh. Aku penatlah. Nanti bila-bila aku sambung lagi. Tapi bukan kat sini
kot? Blog tercinta opkos. Tengoklah keadaan. So bye!
Wassalamualaikum
Suci dari hati, Syasya Amirah Binti Mohd Zaki
Comments
Post a Comment