Selamat Tinggal?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sebenarnya, aku mengambil masa yang agak lama untuk tulis entry kali ni. Dalam beberapa hari jugalah. Aku taknak taip masa nak dekat-dekat dengan tarikh berangkat. Sebab aku risau nanti aku takda kudrat nak taip. Ceh. Aku tersengih ok taip macam ni. Sebab poyo gila kan. Tak, aku cakap betul. Nanti mesti takda rasa nak buat apa-apa. Sigh. Sedih ah. Cik Po ada datang melawat haritu. Masa aku dikelilingi manusia-manusia lain, masa aku tengah buat something yang aku suka. Tapi lepastu dia blah macam tu je. Selamat tinggal pun tak cakap. Kuang hajo sangat. Janggut pun macam tu. Haritu tak balik rumah lima hari. Mentang-mentang dah ada awek, kau lupakan aku kan. Sampai hati. Tapi takpa, aku tetap sayang kau. Nanti aku pula tinggalkan kau. Tiga bulan. Aku tak sedih, aku okay. Menipu sangat.

Aku tak tahulah macam mana kehidupan aku kat sana nanti. Aku terfikir riaksi aku bila berjumpa dengan bebudak situ. Aku harap diorang jenis sopan santun yang tak lembik. Aku tak suka orang yang kurang ajar ni. Ceh, fikir diri baik sangat. 

"Second batch ni campur budak baik dengan budak jahat." Aku jahat. 

Instagram kena buat baru memandangkan iPad masuk hospital dua minggu. Yelah, Cik Abang lupa password. Bijak sungguh. Nasib baik warranty lima tahun. Selamat duit. Semak banyak banyak account ni. Takpalah. Lepas tiga bulan nanti. Result SPM... Memandangkan semua pakat masuk instagram, facebook dan twitter, aku pun nak jugalah. Tapi aku lagi best masuk blog. Rare sikit. Takda hati nak masukkan tapi results PMR aku masukkan, so SPM pun kenalah. Baru ngam. Result aku alhamdulillah mencapai target. Aku target lima keatas. Taknak kurang dari Na. Sama pun takpalah. Jadi inilah dia :

SYASYA AMIRAH BINTI MOHD ZAKI
BG001A092

BAHASA MELAYU                             A
BAHASA INGGERIS                           A-
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM                    A-
SEJARAH                                   A-
MATEMATIK                                 A
MATEMATIK TAMBAHAN                        E Lulus k
FIZIK                                     D
KIMIA                                     E Lulus tu penting
BIOLOGI                                   C+

Keseluruhannya, aku layak mendapat sijil. Results aku sama dengan Na. Tapi dia lebih bijaklah. 5A 1B 3C. Aku tahu, bebudak pandai semua kalau dapat result macam aku ni mesti rasa teruk gila kan? Even yang dapat straight As pun meraung sebab tak dapat straight A plus. Brader, bersyukur sikit boleh? Kau fail baru tahu nak sedar langit tinggi ke rendah. Menyampah lak rasa. Kuang hajo sangat kan. Sorry. Tapi sedih jugalah PAI dapat A-. Macam tak beragama sangat kan. Lagi eloklah dari fail. Alhamdulillah. Paling penting, mak ayah sangat happy dengan result aku. Sebab mak expect aku dapat 2A je... Sedih ok. Mak ayah tak sangka sebab last year aku study macam tak study je. At least waktu Na haritu diorang nampaklah juga yang Na study. Masa aku ni macam *krikkrikkrik*. Mak nak cakap "janji lulus cukuplah." Ayah pula "Janji dapat sijil." Tapi diorang tak cakap. Nasib baik. Boleh jadi doa kot weh. Apa-apa pun. Wa gembira sebab mak ayah wa gembira. Wa gembira sebab dapat gembirakan diorang. Alhamdulillah.

Masa nak balik dari ambil result tu, ada sorang budak laki ni tanya aku. Dia sama sekolah rendah dengan aku. Tapi class tak sama. Sekolah menengah pun kami tak sama kelas.

"Syasya, dapat berapa?"

"Alhamdulillah 5A." *senyum* "Dapat berapa?"

"Takda A." Dia senyum gak

"Oh, tahniaaahh. Byeeeeeee" *aku kena balik sebab mak dah pergi jauh ke pagar utama meninggalkan aku di belakang. Aku senyum lepas cakap tu.

"Byebye" Dia senyum juga.

Whatever the results is, congratulate them. Jahanam mana sekalipun. ABC campur sekalipun. At least diorang dah buat sehabis mungkin. Diorang dah struggle. Diorang berjaya menamatkan era persekolahan. Dia tak pernah tegur aku masa masih bersekolah. Haritu dia tegur, tu yang agak terkejut. I am very sorry, I forgot his name.

"Gagal SPM tak bermakna gagal seumur hidup." Lek pipelz. He is the best planner.

Sebab berkat. Sebab "Bergantung hati pada Allah SWT." 

Terima kasih juga kepada guru-guru di tadika TNB, di Sekolah Kebangsaan Taman Setia dan Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia (SEMENKEB) kerana telah mencurahkan ilmu, kasih sayang dan berkat kalian kepada saya, Syasya Amirah Binti Mohd Zaki. Terima kasih yang tak terhingga kepada kawan-kawan yang telah bertungkus lumus dalam mengajar saya yang agak lampi dari segala aspek. Terima kasih! Semoga kalian mendapat barakah di dunia dan akhirat. Amin.

Sya minta maaf sebab tak dapat wish birthday korang tepat pada masanya. Dalam kesempatan itu, Sya wish kat sini jelah okay. Nanti jangan cakap Sya tak wish pula. Sya wish, korang yang tak baca blog Sya.

Kepada; 

APRIL BABIES
~Ateh (21 April) 
~Ba Didin (22 April) 
~Akak & Abang Fahmi SCH (29 April)

MAY BABIES
~Abe SCH (2 May)
~Fathi Bb SCH & Ziqri Rahim (3 May)
~Sahira Azhar SCH (17 May)
~Anina & Kak Hajar Ashif SCH (18 May)
~Najat Bolivar (20 May)
~Adah (21 May)
~Hazim Melaka (22 May)
~Iqa Paktam SCH (23 May)
~Auntie Abi SCH (27 May)
~Syasya Amirah MZ -.- , Mak Chak Mah, Imran Kak Ina, Hazim Adanan & Abang Arifabilah (28 May)
~Ammar Shafiq (29 May)

JUNE BABIES
~Wan Rhosky SCH (9 June)
~Ayahanda & Pyka Jalil SCH (16 June)
~Mak Jah (24 June)
~Maktam SCH (26 June)
~Kak Maizah (29 June) Tapi dapat kot wish sebab aku balik 27th. 

Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran! Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan mendapat kejayaan di dunia akhirat insyaAllah. Semoga dapat segala yang dihajati. Semoga menjadi muslim yang sejati. Amin. Semoga hidup sentiasa diberkati di dunia dan akhirat. Semoga hubungan kita bertambah erat dan sentiasa dipenuhi warna warni. Lagi apa? Semoga kita sentiasa menjadi manusia yang bersyukur dan tidak kufur nikmat. InsyaAllah. Jaga diri.
Suci dari hati, Syasya Amirah Binti Mohd Zaki *love, hugs and kisses*

Ni hadiah untuk korang. Simpan buat tatapan sebelum tidur. Bukan senang nak dapat kulit cerah macam ni. Kahkahkah.

Minta maaf, aku bila Cik Po takda memang wish pun macam entah apa-apa. Sedih tak dapat wish birthday family members one and two depan depan. Usually I will call them especially my second family. Kali ni... Takpalah. Oh, minta maaf juga kepada sesiapa yang bakal berkahwin pada hari ketiadaan saya. Semoga berkekalan, berpanjangan, bahagia sampai anak cucu cicit. Amin.

Oh, ni gambar-gambar yang... apa-apa jelah ; 




Kesayangan



My Princess


Tapak sulaiman satu.


Starshine, Moonshine, Sunshine. Rindu babies.

Haritu keluar dengan Ziqri dan Yana. Pavilion membosankan dan mahal

24 March 2014. Dah bertahun tak dating. Pernah ke?

Sya akan nantikan masa DM Sya penuh dengan Fairy

Aku taugh.

Rindu

Sangat-sangat.

Gambar-gambar ni punya susunan random je ye. Takda pilih kasih atas sayang lebih bawah sayang sikit. Takda. Kalau sesiapa yang baca, aku tak post gambar korang tu sorry. Nak post semua orang payah juga. Tak larat aku nak edit satu satu. So, jangan terasa please. Aku jauh ni susah korang nak suruh minta maaf.

Nanti meeeesti aku rindu kat blog ni. Waktu SPM dulu bolehlah nak bersua muka walaupun tanpa sepatah kata. Tapi kali ni... Memang betul-betul tak boleh tengoklah ye. Tak tahulah kot dapat online. Kat ceruk mana pula wujud CC kat Lumut tu? Online kat phone memang tak ah. Phone cikai je, phone keypad je. Belum mampu. Belum jadi keperluan lagi. Ni pun belum confirm nak bawa phone atau tak? Hmm, bawalah kot. Entah? Bawa jelah. Anyway, terima kasih kepada kalian yang meraikan pemergian saya ke PLKN. You know who you are. Thank you so much. Saya hargai sangat-sangat. Maaf kerana saya telah menumpahkan air mata. Tak boleh tahan ah. Sedih.

Aku call rumah Kak Maizah, then Mak Jah angkat. Kitorang berboraklah kan macam anak-beranak. I told her that I am going to PLKN this Saturday for three months. Then I cried. Harharhar. Bila dengar suara Mak Jah suruh jaga diri baik-baik, amalkan doa yang Paktam bagi, amalkan mandi silat, makin laju pula air mata aku tumpah kan. Haa sedih ai. Mak Jah ingat lambat lagi aku nak pergi... How I wish. Kak Mai kata kalau tak sempat tengok anak dia yang baru lahir tu takpalah, diorang faham. Mak Jah kata boleh je tengok lepas tiga bulan, anak Kak Mai dah handsome dah.

Kalau aku rindu Paktam, macam mana?  

Dear favourite peoples, 
I hope when I reach there, I have many long-sweet free time so that I can call you and hear your laughters. 
Sincerely, 
anak/adik angkatmu yang sudah dianggap seperti anak/adik kandungmu. XOXO

Syaaa..
Maaf laa.. Abey tlalu sibuk smggu dua nihhh.. Huhu.. Xsempat bg sya hadiah SPM.. Maaf ssgt tau.. Huhu. Xpelaa.. Nnti sya blk kita ssama reramai pi mndi sungai yerr.. Syaa PLKN kat mane? Jgn lupakn kami yerr syaa.. Nnti kami nangesss.. Huhu.. Sayangg adik comell abe nihh..
Syg ssgt tau.. *lovelovelove*


Sya sayang Abe juga. 

Aku text Abe yang aku nak pergi PLKN dah. Kitorang ada plan nak mandi sungai lagi ramai-ramai macam masa tu. Tapi tak berkesempatan. Hmm takpalah. Takda rezeki. "Sayang sangat-sangat." Terima kasih Abe.

My kembar is so sweet like that. "Sayang awak forever" Ini yang terharu teramat sangat. Nak ambil gambar surat tu tapi camera takda. Jadi aku ambil alternatif lainlah. Kita hidup kena kreatif. Aku dah dapat tapak sulaiman. Terima kasih daun keladi, bagilah yang hidup pula nanti.

Kembarku, I love you forever insyaAllah. Lillahi Ta'ala.

Akhir kata, selamat tinggal. Tolong doakan aku selamat pergi dan selamat pulang nanti. Tolong doakan keselamatan aku kat sana juga. Terima kasih. Semoga kalian mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat insyaAllah. Jaga diri baik-baik.

Your goodbyes, 
your hugs, 
your kisses,
it may be the last.

Panjang umur jumpa lagi, insyaAllah.

Satu benda aku perasan, aku tak dapat main bowling pun... Sedih ok. Bye







Wassalamualaikum







Suci dari hati, Syasya Amirah Binti Mohd Zaki

Comments

Popular posts from this blog

PLKN Pipelz

Will I Be Okay

Kucing Hitam Comel