Sebab Rindu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rindu. Rindu nak berdemo. Tengok gambar lama-lama jelah sebagai pengubat rindu. Ecewah ayat jiwang entah apa-apa. Rindu rumah persatuan juga. Terlalu banyak kenangan kat situ. Ijazah asas & ijazah tamat kat situ. Jumpa kawan lama kat situ. Banyak sangat sejarah. Takpa, akanku nantikan bangunan PSSCPUHM. InsyaAllah kalau panjang umur. 

Gambar ni masa ijazah asas. Terima kasih kepada photographer, Abang Amam. Rindu nak turun kelas macam dulu. Rasa macam nak belajar balik dari mula. Haha. Tapi SRP taknak ambil dah. Cukup sekali xD Dulu kenal YM sebagai Paktam. Adik kepada Ba Didin, ayah angkatku. Bila dah masuk silat, baru Sya tahu yang Paktam sebenarnya Guru Utama untuk Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia. Masuk silat masa tahun 2009. Tamat 2010. Gambar tamat ada tapi malas nak cari balik. Hahaha. Yang aku ingat, aku tamat sekali dengan Na, Maisarah, Kak Sumarni, Kak Ella Jalil, Nazmi, Fathi, Wan Rhosky dan aku lupa dah siapa lagi? OmaiGod semoga memori aku bertambah kuat hari demi hari. Amin! 


Ni masa Cabaran 1 dalam 10000 di Dataran Merdeka, 10.10.2010. Budak-budaknya muka kita Nazmi. Hahaha. Berat gila ular tu okay. Tak tahulah nak cakap. Nasib baik lilit separuh badan je. Kalau satu lingkar tu duk letak kat Sya tak tahulah larat ke tak --" Takpa, kita menuju ke arah 2015 pula lepas ni insyaAllah :D

Sijil Rendah Persilatan(SRP) Hari paling gerun. Haha. Senang je nak cari Sya dalam gambar tu. Cari yang pakai tudung putih okay. Masa ni kat UiTM Shah Alam. Gang Ibu Pejabat ada berapa orang entah tak ingat? Yang Sya ingat Sya ambil sekali dengan Kak Sumarni, Kak Azi, Nazmi, Fathi & Abang Shawn.Oh! Kak Hajar Ashif. Tapi Kak Hajar gang UiTM. Sekarang jadi tester jelah kan.

Ni pula, masa demo kat Hotel Nikko yang sekarang dah bertukar namanya? Tak pasti apa? Sya jumpa Dato' Siti. Salam dengan dia dan peluk pinggang dia masa ambil gambar. Sangat lembut dan sopan xD Ni demo pertama yang Sya join sebelum 10.10.2010. Kalau tak salah? Sya ada lagi join demo untuk Hari Wanita UMNO. Masa tu Sya partner dengan Fathi untuk serangan tongkat. Hahaha. Keras okay mamat tu. Tapi gambar takda... Ada tapi takpalah. Haha. Masuk paper. Mak Jah siap gunting gambar kami yang masuk paper tu and bagi kat Sya. Sya siap letak kat frame ok. Haa punya bersejarah kateko. Kenangan. 


31 August 2012. Kat Stadium Bukit Jalil. Sangat best masa ni. Seronok kena menari bagai. Takdalah menari sebenarnya tapi ada pergerakanlah kena buat. Dengan dikir baratnya. Haha. Rindu weh. Seminggu tak masuk sekolah sebab turun training ni. Kerajaan bagi cuti. Hohoho. Orang dah bagi, kita terima je. Ceh xD Tapi memang banyak gila ketinggalan masatu. Ah zaman sekolah dah habis okay sekian tutup buku. 


Wajadiri Kebangsaan 2012 oh ottokeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Rindunyaaaaaaaaaaaaaa! Hahaha. Wajadiri last year Sya tak dapat join sebab ehem yelah kan kenalah sedar diri yang kita ni SPM. Tapi gambar kedua ni macam banyak gila maksud. Dari ekspresi masing-masing. Hahaha. Training dua minggu je kalau tak salah? Last day before the big day pun training eh? Yeke? Entahlah. Sekali dapat tempat kedua ye. Tahniah Wilayah Persekutuan. *Clapclapclap*

Ni yang paling I rindu ni buat demo kat luar ni. Hohoho. Tumbalong Park, Sydney, Australia. Walaupun Australia je but still luar negara. Oh indahnya kalau dapat melihat Kaabah depan mata. InsyaAllah.

Sepatutnya sekarang ni dah tidur. Mak suruh tidur awal sekarang. Walaupun takda benda pun esoknya. Sebab nak awet muda bondaku kata. Hahaha. Ku turutkan saja permintaannya. Tapi disebabkan perasaan rindu yang menebal dalam dada nak buat demo, Sya terpaksa tidur lewat sebab nak tulis entry ni. Konon boleh lepaskan rindu ah kan. 

Bila tengok balik gambar-gambar tu, dah banyak yang Sya dapat dalam persatuan ni. Dah banyak yang persatuan bagi kat Sya. Dapat travel jauh-jauh. First time Sya pergi buat demo tanpa pemantauan ahli keluarga *cewah ayat* masa demo kat Universiti Malaya (UM). Tu pertama kali. Ada lagi Sya buat demo cuma tak upload gambar. Takpalah, simpan dalam memori jelah. Ceh. Tak terfikir pun dapat peluang pergi oversea. Buat demo kat sana. Rezeki. Bekat Guru, mak ayah. Lepas ni pergi Makkah pula. InsyaAllah.

"So, apa yang kamu boleh bagi kat persatuan?" -Mak







Wassalamualaikum








Suci dari hati, Syasya Amirah Binti Mohd Zaki

Comments

Popular posts from this blog

PLKN Pipelz

Will I Be Okay

Yang Pergi Takkan Kembali Lagi