SEMENKEB Graduation Day '13

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Atas permintaan seseorang, maka tercoretlah peristiwa pada 20 Oktober 2013. 

Hi. 
Cuma nak kongsi keadaan yang dihadapi oleh batch '96 sekarang. Supaya batch akan datang lebih peka dan bersedia dengan cabaran yang mendatang sekali gus meningkatkan peratus kokurikulum di SEMENKEB. Ehem, mohon faham. Jadi batch 'Lonjakan Saujana' ni agak mencabar sebenarnya. Sebab cikgu-cikgu meletakkan harapan yang tinggi kepada kami, batch '96 SEMENKEB. InsyaAllah, dengan berkat guru, ibu bapa dan izin-Nya, segala yang dihajatkan oleh cikgu-cikgu akan tercapai. InsyaAllah. 

Ini cerita dia sebenarnya. 
Dua minggu lepas, kalau tak salah Sya, SEMENKEB mengadakan hari graduasi kali ketiga untuk tingkatan lima dan tingkatan enam atas. *tingkatan enam ada bawah ada atas okay. Yang bawah tu freshie, kira baru masuk. Atas kira dah senior* Well, Nadirah dah pergi masa dia form five dulu. Dia batch pertama untuk hari graduasi ni. Jadi Sya pun mestilah nak pergi. Kakak dapat, adik pun nak juga. Hoho. Lagipun tahun terakhir sebagai budak sekolah kan. Apa salahnya? Korbanlah sikit RM70 tu. Berbaloi :) Tema tahun ni warna gold. Jadi semua macam pakai emas je kat badan. Haha. Okay over je. Tapi semua cantik dan segak. I still can picture it in my mind. Hiks. Yang handsome memang bertambah handsome ah wa cakap sama lu. Yang cantik comel lawa pebende semua memang lagi bertambahlah kan. Sya je kat situ yang macam...*meow* Heh, insecure pula tetibe. Tapi takpa, luaran tak bermakna. Yang penting dalaman. Tapi, selalunya luaran yang mencerminkan dalaman. Hmm macam mana? Okay dah terpesong. Ampun maaf dipinta.

Tak tahulah nak cerita apa? Sya penat. Eheh. Yang pasti semua lawa dan segak, band sekolah suara sedap, nasyid jemputan pandai nyanyi lagu hindustan oh my sedap gila, makanan sedap *thumbs up!*, ada gambar dengan Puan Wahida guru Bahasa Melayuku!!!!! Oh I love you muah muah. Hihihi xD Dah tu je kot? Penat ah. Ni gambar. Okay bye~


Noor Azielah Binti Jamil, tempat cari gaduh. Hahaha. Sangat sukakan Detective Conan ^v^


"Sya, Zul nak ambil gambar"
Zulhilmi Bin Saiful Razi, seorang bakal businessman yang diminati ramai ^-^\/


Safirah Binti Azhar, gadis tinggi lampai yang cantik berseri lagi bijak bestari. Turut menyukai lelaki yang sama dengan saya. IP! :3

"Nak ambil gambar dengan Syasya boleh tak?" 
Abang Hafiz Bahar, senior di sekolah yang berada di tingkatan enam. Mahir bersilat dan juga diminati ramai. Lolz~

"Saya sayang awak"
Puan Wahida Abdul Wahid, Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Guru yang paling digeruni kerana sikap tegasnya dan paling disayangi oleh anak-anak 5 Sejati 2013. Guru yang penuh dengan lawak jenaka dan cakap tidak berlapiknya *Sejati, you know what I mean :>* Guru yang penuh dengan sikap keibuan. 
Mama, we love you so much! Thank you for everything, Mama. Lots of love, hugs and kisses from us! Muah XOXO

Ini ibundaku, Hajjah Mariam Binti Jaaman. Dah tak perlu nak describe. Cukup dengan nama sahaja ^O^\/

Syasya Amirah Binti Mohd Zaki,sudah menamatkan era persekolahannya di SMKGS. Dia bersama dengan Pengetua SMKGS, Puan Hajjah Maimun Binti Ahmad. Pengetua Cemerlang. Sya tahu Sya dah berisi. Cukup!


Melambak lagi gambar sebenarnya. Tapi ramai lagi yang belum masukkan. Penat jugalah tunggu tapi takpalah. Nanti Sya upload kalau ada yang baru okeh?





Wassalamualaikum







Suci dari hati, Syasya Amirah binti Mohd Zaki

Comments

Popular posts from this blog

PLKN Pipelz

Will I Be Okay

Kucing Hitam Comel