Tak Ada Tajuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
 
 
 
Hi.Memandangkan battery netbook Sya dah tinggal nyawa-nywa ikan, Sya akan cuba untuk menaip sepantas mungkin tanpa ada apa-apa kesalahan ejaan. Ayuh!
 
Pejam celik pejam celik, dah habis cuti pertengahan tahun selama 14 hari. Dua minggulah kan. Okay korang pun tahu. Alhamdulillah, cuti kali ni banyak aktiviti yang produktif dilakukan daripada asyik bangun masa matahari dah terpacak atas kepala, tengok tv, jadi burung hantu sampai lepas subuh baru nak gedik tarik selimut. Teruk okay. Hahaha. Bila lagi? Ni tahun terakhir sebagai pelajar sekolah kot. Isilah tahun ni dengan pelbagai sejarah yang indah. Ngeh tak best ah ayat tu. Takpalah.
 
Alhamdulillah, minggu pertama cuti tengah tahun ni Sya dah buat perkara yang berfaedah. Hari Isnin-Rabu pergi kelas tambahan. Pada mulanya memang Sya tak daftar pun sebab hajat cuti ni nak tidur selama seminggu straight tanpa bangun makan minum mandi. Hahaha bajet sikit. Minggu kedua nak tidur kedai buku pula. Tapi, semuanya merepek. Lepastu bercadang nak makan maggie banyak-banyak. Nak baca beli novel banyak-banyak. Tapi, apa pun takda. Sebab tu Sya plan dalam kepala sahaja. Hoho. Jadi, Sya pun bercadang untuk pergi ke kelas tambahan tu. At least, ada juga benda nak dibuat kan? Sangat membantu pula tu. Hasil dari kelas tambahan tu, Sya dah tahu macam mana nak cari length of arc dan area of sector. Alhamdulillah, dengan izin Allah :)
 
Hari pertama kelas tambahan, habis je terus pergi rumah Auntie Puspa. Memang dah plan nak pergi sana. Melepak, makan dan gelak macam orang gila. Hahaha. "kerempunan, sondok, skon" I will remember those words. Hihi :> Terima kasih sekali lagi kepada Auntie Puspa, Pakcik Ashif, Kak hajar, Kak Ella, Fathi dan Abang Hafiz(walaupun takda) for the good hospitality :D Hari kedua kelas tambahan, which is on my birthday. Hohoho. Siang takda apa-apa. Tapi malam sangat gembira dan terharu. Wiieeee Yuyui, Iqa, Shaaz dan Sahira buat birthday surprise dengan member silat UPNM. Kat UPNM of course. Terima kasih sekali lagi! :D Hari ketiga kelas tambahan, balik tu lepas salin baju dan sebaginya, pergi TS dengan Yuyui, Iqa, Suhaila, Na, Diyanah, Abang Amin Gos dan Abang Nasir. Haha paling kelakar masa kat foodcourt. Abang Nasir cerita pasal anak dia. Hahaha lawak okay. Taknak ah cerita apa benda :p
 
Seterusnya ada apa eh? Tak ingat. Hahaha sorry. Memori teruk TT_TT Hmm takpalah. Yang pasti memang cuti kali ni sangat produktif dan sangat banyak kenangan. Sebab birthday mestilah kan. Hoho. Lepas tu dapat hadiahlah apa. Keluar dengan member sekolah. Dapat jumpa Syahirah M! Yang dah berbulan-bulan tak jumpa sebab dia tercampak kat Pengkalan Hulu sana. MRSM. Alhamdulillah, banyak sangat kenangan manis walaupun ada cebisan-cebisan pahit tu. Tapi takpa, kalau takda yang manis macam mana nak rasa yang pahit kan? :)
 
Na, kakakku yang kedua. Nama penuhnya Nadirah binti Mohd Zaki. Sedang belajar di UiTM Lendu, Alor Gajah, Melaka. Berada di sem tiga. Baru masuk hari ni. Na dapat anugerah dekan untuk sem satu dan dua. Tahniah kakakku! Alhamdulillah. Nenek sangat gembira masa tengok sijil Na tu. Sebab Sya ada sebelah nenek, Sya yang tunjukkan. Hihi. Nenek sangat comel dan cantik dan masak sedap. Haha kalau Puan Wahida baca ni dah kena ketuk dah. Mana boleh ada dua 'dan' dalam satu ayat. Cikgu Bahasa Melayu kan, normal lah. Cakap pasal Cikgu Wahida, teringat pula dekat results exam tengah tahun yang bakal diterima buka saja sekolah ni. Hmm bak kata mak, "tengah tahun JE. Yang lepas biarkan lepas." Let bygone be bygone. "Focus untuk trial. Jangan menyesal." Bak kata cikgu tuition, "Buat banyak-banyak. Biar muntah add maths terus." Ohsem okay ohsemm. Ehem, awesome actually. Mereka telah memberi semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan! "Bergantung hati pada Allah SWT"- YM Syeikh Dr Haji Md Radzi Haji hanafi (Paktam Radzi).
 
Homework sekolah dah siap. Homework tuition yang berlonggok. Memang muntah add maths terus. Bak kata mak, "biar muntah sekarang. Jangan menyesal nanti." Haaaaa ambik. Haha. InsyaAllah akan disiapkan sepantas dan sebaik mungkin. Kelas tuition Rabu ni woi~
 
Yang sedihnya, seorang lagi teman seperjuangan, member silat, sahabat sejati, si handsome galah, si sweet secara tetibe, si baik, si Fathi Bb, my one and only Bb akan masuk MRSM di Negeri Sembilan pada esok hari. Jauhnyaaaaaa!! :(( Dahlah sorang kat Cheras, SBP. Sorang lagi kat Negeri Sembilan, MRSM. Wuuuwuuu sedihnya. Si Cheras walaupun dekat tapi jarang sangat dapat jumpa. Si Negeri Sembilan selalu jumpa tapi akan jarang jumpa juga lepas ni. "Tak lama dah, setahun setengah je lagi." Banyaklah kau. Macam-macam boleh jadi tau dalam masa setahun setengah tu Fathi. Lepas ni, bila ada apa-apa majlis mesti dah tak nampak kau. Kalau ada pun mesti jarang kan? Walaupun katanya boleh balik dua minggu sekali. Tapi kalau banyak kerja mau sebulan sekali je balik. Baru je haritu kita chat, gelak-gelak macam apa je. Kau buat lawak dengan mengatakan;
 
 "Anak Zamri tu ek",
"tersedak Nazmi dengan Pak Zam",
"aku dengan Pakzam tu macam aku dengan Nazmi je..Memang ngam",
"Baru dengan Pakzam, belum dengan Ashif",
"mati aku kalau bapak aku baca."
 
Hahahahahahahaha lawak okay! Habislah kau aku dah post kat blog. Hahaha dah lama tak chat macam ni. Buat lawak, duk gelak je. Bak kata kau, "Sekali sekala sakai". Haha. Takpalah. "Dua tahun, sekejap je." Kalau setahun setengah?
 
Pesanan kepada Bb;
 
 Macam yang aku dah cakap berjela tu kan. Haha. Aku dah maafkan segala salah silap kau. Walaupun takda. Jaga diri baik-baik, belajar elok-elok. Dah ada awek bagitahu tau. Hahaha. Mesti kau ramai peminat punya, confirm! :p "Kita tetap macam dulu" Ayat kau tu, aku ingat Fathi. Sangat sweet. Terharu okay U_U Hmm apa lagi eh? Oh ye, ingat tau, kalau free contact lah aku. Kalau tak keberatanlah. Terima kasih sebab setia berkawan dengan aku ;) Last but not least, sayang kau sahabat. Hihi. Jaga diri! :D
 
 
 
 
Selamat bersekolah kepada pelajar sekolah dan selamat berkerja kepada para perkerja serta selamat melakukan aktiviti berfaedah kepada para penganggur tegar. Heheheh gurau :3
 
 
 
 
 
 
 
Wassalamualaikum
 
 
 
 
 
 
 
 
Suci dari hati, Syasya Amirah binti Mohd Zaki
 


Comments

Popular posts from this blog

PLKN Pipelz

Will I Be Okay

Kucing Hitam Comel