Coolio *love*

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Azam malam ni nak siapkan homework tuition dan homework sekolah. Homework tuition lagi penting sebab esok ada tuition. Karang tak siap memang tempah maut je rasanya? Orang dah bagi kerja tapi tak buat. Memang minta kena ketuklah kan. Tapi homework sekolah pun penting juga sebab banyak. Nanti tak siap lagi parah. Markah 89 takkan dinaikkan kalau homework tak siap. Haa cikgu memang nilai dari segi homework juga sekarang. Boleh membezakan antara fail dan lulus tu. Serious okay. 

Tadi, 4 Jun 2013 setelah sekian lama tidak bersua muka. Akhirnya berjumpa juga! Yeayyy! :D Hihi. 

Sya melepak tengok wayang, makan dan bowling dengan Mimi, Asiela dan Na. Tapi Na tak join bowling sebab lepas wayang tu dia pergi beli barang. Beberapa minit kemudian, Syahirah M datang. Oh my Sya tak tahu Sya peluk dia kuat mana? Tapi memang sangat-sangat kuat. Mata tengah tahan dari nak mengalirkan air sungai je. Rindu sangat okay *sobs* Tapi tadi dah jumpa dan menggila so rindu dah lepas sekejap. Hiks :> 

Lepas bowling, lepak mamak. Ehem maklumlah, berkawan dengan orang yang pakai phone baling ada torchlight, yang ada GPRS sahaja memang macam ni. Belum mampu nak pergi kedai mahal-mahal. Mamak jelah yang mampu. Hahahahaha. Okay tak lawak. Kami bersyukur dengan apa yang kami ada sekarang. Alhamdulillah :) Then, masuk WWM balik duk jalan-jalan. Na lepak dengan akak yang kebetulan minum kat mamak juga dengan member office ayah. Camwhore tak payah cakap ah kan. Hahaha. Lantak. We have fun! :D

Terima kasih Mimi sebab belanja bowling. Asiela sebab belanja wayang dan Syahirah sebab belanja ambil gambar yang mata boleh jadi bulat tu. Entah apa nama? Haha. Lepastu sanggup datang WWM nak jumpa kami. As my birthday present kan semua ni? Huehuehue terima kasih! I love all of you. Muah muah *hugs*



Ada nur di wajah kami. Hahahahhahaha. Okay. Effect je tolong eh :p 









Wassalamualaikum







Suci dari hati, Syasya Amirah binti Mohd Zaki

Comments

Popular posts from this blog

PLKN Pipelz

Will I Be Okay

Kucing Hitam Comel