Sweet Seventeen ;)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Allah selamatkan saya, Allah selamatkan saya, Allah selamatkan Syasya Amirah, Allah selamatkan saya

Syukur alhamdulillah. Pada hari ini, 28 Mei 2013 telah genap Sya berumur 17 tahun. Kalau ikut bulan Islam dah 18 tahun. Hihi 10 Muharram kan :) Setelah penat lelah mak ayah abang-abang dan kakak-kakak membesarkan Sya yang gedik ni haa. Alhamdulillah dah 17 tahun pun. Lepas ni dah masuk universiti insyaAllah. Tinggal mak ayah je kat rumah. Tapi kalau boleh balik hari, Sya nak balik hari. Lagi terjamin. Tak kisahlah orang nak kata tak dapat pengalaman tidur dorm ke apa kan? Janji bahagia :> Sya tak kacau hidup diorang kan dah diam. Haha. Tahun ni tahun terakhir Sya sambut birthday sebagai budak sekolah. Lepas ni mahasiswi pula. Banyak sangat pengalaman dan pengajaran yang Sya dapat selama 17 tahun ni. Terima kasih kepada cikgu-cikgu, rakan-rakan kerana sudi berdamping dengan Sya. Menjadi tunjuk ajar kepada Sya. Semoga sentiasa diberkati dunia dan akhirat ;)


A birthday present for myself. Thank you dear self ;) I am very sorry for my wrongdoings towards everyone. Please do forgive me and thank you! Maaf di atas segala kekhilafan Sya dari hujung rambut sampai hujung kaki. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Semoga Allah memberi kebahagiaan, rezeki yang luas dan kejayaan di dunia dan akhirat kepada semua yang mendoakan Sya secara langsung atau pun tidak. Kepada sesiapa yang tidak mendoakan juga begitu. Selamat hari lahir juga kepada Mak Chak sebagai mak sedara, Imran sebagai anak sedara, Abang Arifabilah sebagai member silat, Hazim Adanan sebagai kawan sekolah dan Kak Alya Husna sebagai kawan di alam maya :)


Aww the first person to wish me! 23rd of May 2013. Last paper for mid-term examination. Thank you so much Fareesya Najwa my princess! I really love the presents and I love you more :* Semoga persahabatan kita kekal erat selamanya insyaAllah. *hugs and kisses*

The second wisher goes to Paktam Md Radzi & family! 26 of May 2013. Terima kasih yang tak terhingga kepada Paktam, Maktam, Abang Daus, Yuyui, Iqa dan Dindin di atas hadiah yang segak sungguh ni :D Jujur Sya tak sangka, sangat terharu ;) Jasamu tidak terbalas, guruku *love and flying kisses*


Aww terima kasih Yuyui dan Iqa!!!!!! Sya sayang korang wahai sahabat yang sudah kuanggap seperti adik beradik sendiri ;) *big hugs and kisses*

Wuuuwwuuuu terima kasih kakak-kakakku yang gorgeous lagi baik hati serta pemurah kasih sayang, harta benda dan wang ringgit. Hihihi. Terima kasih Kak Maizah dan keluarga, Kak Nadia dan abang Gee serta keluarga, Adah ku yang cantik manis! :D Sya tak jumpa post Adah :/ Apa-apa pun, terima kasih keluarga angkatku yang sudah kuanggap seperti keluargaku sendiri. Selamat berjaya dunia akhirat dan diberi rezeki yang melimpah ruah serta umur yang panjang. Semoga hubungan kita kekal akrab sampai syurga. Sya sayang korang semua! *BIG HUGS AND KISSESSSSSSS*


Terima kasih my dearest best friend, Mimi Athirah binti Muhammad Ashrah dan Nur Asiela binti Mohd Ibrahim(walaupun gambar kau takdo). Hohoho. Aku sayang korang. Nanti aku open table kat kedai mamak ye :p Kawan dengan aku kena biasakan hidup low profile ni. Orang kampunglah katakan aku ni :p *hugs and kisses*

Oh Abe, merangkap kawan abang Amal, member silat dan juga abang kepada Sya. Hihi. Terima kasih dengan segala nasihat yang Abe berikan. Segala nasihat Abe yang tak pernah jemu berjumpa dengan Sya. Hoho. Terima kasih Abe! :D *flying kiss*

Hohoiiii, kau tak wish memang kena dush! Hahaha okay gurau, thank you hamster, opss :p Hahahaahha. 


Ehem, nak selit sikit kisah 27 Mei 2013 ni. Terima kasih kepada seisi keluarga Auntie Puspa & Pakcik Ashif kerana sudi melayan kami yang datang bertandang ke rumah dengan tujuan menyiksa anak-anak perempuan auntie dan pakcik. Muahahahaha xD Tom Yam sedap! Ayam goreng sedap! Cekodok jagung sedap! Air sedap! Ice cream yang Fathi tak dapat makan pun sedap! Hahaha :D Tewima kaswih kewpadew Auntie Puspa, Pakcik Ashif, Kak Hajar, Kak Ella, Fathi dan Abang Hafiz yang berada di UPNM. Hihihi. Wajib puasa dulu sehari sebelum ni! Kenyang okay ;D Juga terima kasih kerana mendoakan saya sempena hari kelahiran saya. *hugs and kisses*

Last but not least, terima kasih kepada semua yang wish Sya secara bersua muka, twitter dan melalui phone terutamanya. Secara text terima kasih kepada Farihah, Ammar, Shasha Azhar, Abang Arifabilah, Zulfekar, Amir Jo, Faezlan, Aiman Amir, Asiela, Fauzi, Fathi Bb, Farid Suhaimi, Nurul Syazwani, Abang Shidi. Secara call terima kasih kepada Nur Maisarah Zainal Bambam yang dirindui oi bila nak jumpa? Terima kasih juga kepada Muhamad Nazmi Zamri yang mula-mula kata tak ingat. Haha sengaja je kan :p *flying kiss for the boys and hugs for the girls* *Thank you, love :>

Special thanks to Guruku Yang Mulia Tuan Sheikh Dr Haji Md Radzi Haji Hanafi Al- Qadhi atas pesanan ringkas yang amat bermakna. Sungguh tidak kuduga seorang guru silat yang mempunyai berjuta murid dibawahnya akan ingat kepada anak murid perempuannya yang seorang ini. Terima kasih Paktam! Sayang Paktam ;) My mom, pagi-pagi sebelum pergi kerja mak wish happy birthday sambil menghulurkan RM10 sebagai duit belanja kemudian mengusap kepala saya dengan tujuan untuk lebih mengusutkan rambut saya mungkin? Seterusnya kepada my daddy yang wish happy birthday setelah balik dari sekolah kemudian membuat permintaan untuk memeluk saya. Terasa sangat selamat ye. Tambahan lagi kepada akak yang wish masa turun ke ruang tamu, Na semasa tengah makan dan abang Amal semasa Sya tengah online sambil menghulurkan tangan untuk salam. Lolz. Lawak. Haha. Kepada para jejaka, bayangkanlah ada beruang yang sangat besar, gemuk dan baik hati tengah peluk anda sebagai tanda penghargaan Sya kepada korang. Kepada para srikandi, meh Sya peluk meh. Alololo. Hahahaha. Terima kasih wahai manusia, sesungguhnya segala yang berlaku dengan izin Allah SWT.

Jika ada yang wish lagi, akan ku tambah kedalam post ini. 

Sekian sahaja daripada saya,
Mohon maaf jika ada tersalah kata,
Sesungguhnya yang buruk itu datangnya daripada saya,
Yang baik itu datangnya daripada Allah Taala.

Roses are red, violets are blue,
Sugar is sweet, sweet like you,
Thank you for the wishes dear all of you,
Syukur alhamdulillah, may Allah bless you.



Tengok tu dari si gemuk gedempol. Lepas tu si gedik perasan suka berangan. Kemudian si manis tujuh belas tahun yang mengada nak jadi budak-budak balik. I just love being me. Alhamdulillah :)






Wassalamualaikum







Suci dari hati, Syasya Amirah binti Mohd Zaki

Comments

Popular posts from this blog

PLKN Pipelz

Will I Be Okay

Kucing Hitam Comel