F Kuasa Dua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pertama sekali, terima kasih kepada Fikri Hakim merangkap ketua kelas 4 Sejati 2012 kerana telah menjadi seorang ketua kelas yang sangat baik lagi berdedikasi. Saya sebagai seorang penolong yang sentiasa menyokong anda dari belakang mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah memberi hadiah kepada saya juga kawan-kawan yang lain. Terima kasih! 

Jujur saya katakan bahawa saya sangat terkejut ketika anda berikan hadiah itu. Dahlah datang dari jauh hadiahnya. Cantik pula tu. Ada code lagi kan? Oh terima kasih juga kerana berjaya memeningkan kepala saya dengan menulis ayat-ayat anda dalam bentuk nombor. Memang memakan masa yang agak lama untuk faham. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya. Yeay! Anda sangat genius lah sampai boleh tulis pakai number ni. Bagus bagus.

Oleh hal yang demikian, terima kasih kerana menjadi seorang yang sangat baik, suka membuli kan. Pemurah ^-^ Semoga anda dan keluarga dilimpahi rezeki yang banyak dan mendapat berkat serta berjaya di dunia dan akhirat insyaAllah :) 

Silakan baca~

F yang pertama


Seterusnya, kepada Fareesya Najwa binti Shaharidzal yang amat baik lagi cantik. Terima kasih dah jadi kawan aku sejak sekolah rendah. Wuuwuuu terharu U>U Semoga persahabatan kita kekal akrab sampai bila-bila insyaAllah. Dengan kawan-kawan kita yang lain juga. Hir, Kusya, Fatin, Najat dan lain lain TT_TT Rindulah. Terima kasih sayangku Fareesya! :)

F yang kedua. The princess and the queen. I am the queen because I am the assistant monitor of 5 Sejati 2013. Lah sangat~


Selamat menjalani kehidupan yang lebih bermakna. InsyaAllah.


Kepada awak, orang yang sentiasa saya rindui. *Tak tahulah kan dia rindu ke tak* Takpalah. Terima kasih kerana menelefon saya sebentar tadi. Sungguh banyak cerita yang ingin saya kongsikan bersama. Namun apakan daya, saya jadi semakin lembab untuk mencerna dan melafazkan kata-kata ketika berbicara. *Haa ambik kau* Tsk tsk, rindu :'( Sorry for being too emotional. Jaga dirimu, sayangku. 





Wassalamualaikum





Suci dari hati, Syasya Amirah binti Mohd Zaki

Comments

Popular posts from this blog

PLKN Pipelz

Will I Be Okay

Kucing Hitam Comel