Tiara Beach Resort
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Sekali lagi. Hohoho bukan movie Sekali Lagi yang Shaheizy Sam *entah betul ke tidak aku eja tu*, Lisa Surihani dan Mia Sara berlakon tu. Tapi sekali lagi Sya pergi Tiara Beach Resort di Port Dickson. Dari rumah nenek dekatlah, setengah jam je~
30 November 2012, Sya bersama keluarga bertolak ke PD. Okay tujuan kami ke PD ni sebenarnya ada sambutan hari ulangtahun perkahwinan YM Syeikh Dr Haji Md Radzi bin Haji Hanafi iaitu perwaris mutlak Silat Cekak Ustaz Hanafi bersama isterinya Hajah Mazita binti Saleh. Okay dah terang kan apa tujuan kami ke sana?
So, petang tu dalam pukul empat lebih lepas dah sumbat semua barang yang nak dibawa termasuk segala harta karun Nadirah untuk dia letak kat kolej, kami sekeluarga dah bertolak. Keluarga Sya kena pergi awal sebab mak merupakan orang penting jugalah untuk event ni. Kalau tak salah Sya lah :> AJK AJK, BG(Bodyguard), YM & family semua datang awal. Lebih kurang dalam dua jam setengah kami tiba di PD. Perut semua dah lapar dengan jam kereta melambak lagi. Jadi kami buat keputusan untuk berhenti makan di Restaurant Masyur. Mamak okay. Sya order koey tiaw goreng & air suam. Seperti biasa pergi tempat baru mesti nak rasa koey tiaw diorang :D Sedap, boleh tahanlah. Lagi lagi bila makan dengan sauce. Okay tiba tiba rasa lapar -_- Haru! Lepas makan semua melepak sekejap kat kedai tu. Tak lama lepas tu Ustaz Hilmee call mak tanya ada kat mana? Rupa-rupanya gang gang yang kena duduk banglo semua dah kebuloq minta makanan nak isi. Hahaha kesian xD Semua dah makan jadi semua nak pergi kat rumah yang bakal didiami oleh kami dalam masa tiga hari nanti. Ni part yang best ni.
Sya ingat, banglo yang diceritakan tu betul betul 'banglo'. Ye memanglah banglo kan sebab dia je seketul kat situ. Haha okay tatabahasa hancur. Mula mula, kereta semua naik bukit. Sampai kat atas tu, ada sebijik banglo yang kawasan dia sangat luas. Cantiklah juga nampak kemas. Kat dalam tu nampak bercahaya macam ada orang tengah tengok tv. So kami semua ingat kat sinilah rumahnya. Rupa-rupanya bukan. Banglo tu kat jalan sebelah, kena naik jalan curam sampai tayar tu macam dah surrender mengaku kalah taknak golek dah. Seram gila! Tapi alhamdulillah semua okay. Lampu kereta sangat besar dan terang. Masa ayah nak parking tu lampu kereta tersuluh kat sebuah rumah ni. Okayyyy keadaannya amat tidak mengizinkan. Well, selalunya luar nampak kurang ceria tapi dalam cun gila kan? Heh tapi yang ni dua dua macam... Haha okay. Masa nak buka pintu, Aunt Yanti buka kunci dan ayah masuk dulu. Bagi salam apa semua. Lepas lampu dah buka, memang keadaan rumah tu sangat tidak selesa. Dengan semut yang banyak, lantai berpasir, dapur kotor, tandas kotor. Hoihoi bukan nak hina, tapi rumah tinggal kan biasalah. Jadi, kami yang baik lagi baik hati ni, *perasan tahap dewa tak?* Hahaha xD Melakukan aktiviti bergotong royong. Now rumah tu dah selesa :D Tapi Sya tidur satu malam je kat situ. Sebab satu malam lagi Sya tidur dengan Iqa dan Yuyui, family YM x)
YM dan family dengan BG tidur kat hotel dah awal awal lagi. Hoho indahnya. The next day, 1 November 2012. Sya bangun awal tau. Dengan sekali kejut je Sya dah bangun celik mata kelip kelip sat. Hahaha okay apa entah yang lawak -.- Mandi! Sejuk oih. Kemudian bersiap ready nak pergi hantar Nadirah nak daftar kolej. Lepas daftar dalam pukul sembilan lebih macam tu, letak barang-barang Na sikit nak tanda katil dia yang mana. Nasib dia baik dapat bilik dan roommate yang sama macam sem one. Oh congratulations Na :p Dah habis semua tu, kami singgah rumah nenek. Alah dari PD ke UiTM lendu berapa kaki sangat? Eceh. Dari UiTM ke Masjid Tanah jauh mana sangat? Jalan kaki mesti berpeluhlah. Sampai rumah nenek, perkara pertama yang Sya fikir mestilah salam nenek peluk cium semua kan. Hihi sweet tak? x> Lepastu terus terjah kat bilik nenek. Tolak tolak pintu tak dapat buka pula. Rupa-rupanya nenek kunci. Okay nek -_- Nenek bukakan dan Sya minta jam tanganku yang lawa lagi menarik kat nenek. Haha salah sendiri siapa suruh lupa dah tertinggal. Nasib baik rumah nenek sendiri ;p Nenek siap simpankan jam tu dalam kotak Habib Jewel lagi tau. Haa baik tak baiklah nenek aku ni. Dah dapat, reti ucap terima kasih tau. Terus simpan jam dalam handbag. Taknak tertinggal lagi, tak sanggup nak hidup kelam kabut xD Makan makan kat sana, lepastu pengsan tak ingat dunia. Dekat pukul dua baru bertolak balik ke PD. Kena uruskan bahagian pendaftaran.
Sampai sampai je dah boleh nampak beberapa orang member silat. Hoihoi seronoknya! Pergi kat tempat pendaftaran, Aunt Yanti dan Kak Nor dah sedia menanti kat situ. Anyway, masa tu birthday Kak Nor! :D Kejap kejap pergi kolam tengok diorang member member mandi. Petang tu pergi ambil bag bawa kat bilik YM. I told you Iqa dan Yuyui ajak tidur dengan diorang. Hihi bestnya! Boleh melepaksssss~ Petang tu juga turun bawah tengok member mandi mandi semua. Pukul enam macam tu kot kami naik atas dan bersiap untuk dinner malam ni. Tema untuk dinner tu 'Hawaiian Gangnam Style'. Haha cun je. Lepas dah siap, Sya, Iqa dan Yuyui pergila kat ballroom tu. Ngeeee semua comel comel! Dengan baju hawaii, siap bunga bunga apa semua. Sporting okay! Meriah, colourful ;D Malam tu ada pertandingan karaoke dan teka berat kacang dalam gram. Pemenangnya ialah Kak Mazliza Mazlan atau lebih dikenali dengan Kak Maz/Maz shidi. Tahniah Kak Maz! :D Tahniah juga kepada abang Saiful Ikram/Saiful G kerana mendapat tempat pertama dalam pertandingan karaoke. Lagunya Singkong dan Keju by Khalifah :D Semua enjoy je. Hihi. Semua lawa lawa, handsome handsome, comel comel, segak segak, sweet je :> Mak Jah dan Ba Didin pun nyanyi tau! Ayah kita pun sama. Suara semua sedap :3
SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 22 TAHUN KEPADA YM SYEIKH Dr HAJI MD RADZI BIN HAJI HANAFI DAN HAJAH MAZITA BINTI SALEH
Esoknya, 2 November 2012. Pagi tu dengan Sya sekali mandi pool. Maktam pun join juga. Haha konon nak celup kaki je. Sekali satu badan habis. Nasib baik tak kena macam kat Casa Rachado, kena campak. Oiii tak sanggup~ Hoho. Lepas mandi, kami naik bilik siap siap naik balik. Sebelum balik makan dulu! Sedaaapp. Nasi lemak dan telur goreng ^-^ Lepas dah makan semua, kami pun balik. Terima kasih kepada keluarga YM atas layanan yang baik. Juga kepada semua yang telah memberi kerjasama. Cehh bajet YB je~ Ada gambar nanti Sya update. Alright.
Wassalamualaikum
Suci dari hati, Syasya Amirah binti Mohd Zaki
:)
ReplyDelete