Three Days To Remember ;>

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan terkejut tau, masa ni tarikh yang sama dengan mandi sungai tu kami keluar. Tapi malamlah. Haha. Nazmilah punya idea ni. Lolz membuat :p Malam tu keluar. Sya, abang Amal, Nazmi, Hazim dan Fathi je. Ajak Abe tapi Abe ada hal :/ Tapi takpalah kan. Kami pergi karaoke kat KLFC. Okay suara mereka semua boleh tahan. Suara Sya, power. Macam entah apa apa. Hahaha teruk gila! Maklumlah, Sya tak minat nyanyi nyanyi ni. Setakat dalam bilik tu takda hallah. Itu pun dah berzaman tak nyanyi. Inikan pula nak karaoke. Memang fail. Haha harap maaflah ya korang. Tapi serious, suara Sya macam apa je. Ah lantak situ. Tiga jam weh punya nyanyi. Hilang suara diorang. Ehem suara Sya masih normal :> Lalala. Lepas dah karaoke, pergi makan pula. Huuu kenyang. Alhamdulillah :) Dah tu buat apa lagi? Balik ah kan. Penat doo. Satu hari berjalan pergi sana sini. Tapi takpa, seronok! Bila lagi kan? Ehee :}

Hari kedua bermakna 14 Disember 2012, cehh poyo je. Sya pergi rumah Syahirah Ahmad Suhaimi(Syahirah). Syahirah Mat Luddin(Hir) pun ada juga. Cuma Sya sampai lagi awal sebab Hir kena angkat kain *anak yang baik* Hihi. Jadi kami melepak, stalk(Hir ajar). Hahaha. Bercerita gelak gelak, ambil gambar semua bagai. Rindu! :> Tapi memang sengal Sya lupa nak bawa gift untuk diorang masa Sya pergi Australia haritu :/ Bila lagi nak bagi? Hmmm. Kat sana Sya makan bihun goreng yang abang Amal beli. Kenyang. Sedap jugalah bihun dia. Syahirah buat carrot cake yang superb! SEDAP :D Nak lagi tau tau :} Lepak lepak sampai pukul lima lebih Sya kena balik. Sebab nak ambil akak dari tempat kerja sekali. Ada rezeki insyaAllah kita lepak lagi. Masa ni pun tak cukup lagi. Fareesya, Kusya, Fatin & Najaat takda kan? Takpa, one day insyaAllah :]



Semalam, 15 Disember. Kak Sha ajak pergi Darul Quran yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Rawang. Tujuan ni macam ada program santai untuk mengeratkan hubungan antara tenaga pengajar dan pelajar silat kat kelas Darul Quran :) Kami tak tinggal kat Darul Quran, tapi kat rumah Abang Halim punya abang iaitu Abang Roslan. Rumah teres setingkat. Selesa, luaslah juga sebab corner lot kan? Masa datang, abang Halim dah tolong kemaskan bahagian dalam rumah. Cuma kat luar tu lalang dah tinggi Sya lah. Hahaha biasalah, dah jarang jenguk kan? Jauh pula tu. Lagipun kami lambat nak bagitahu abang halim nak duduk situ. Kami tidur sana semalam je. 

Sampai sampai kat rumah tu terus kemas barang dapur semua dan mula masak. Yang ada masa tu Kak Is, Kak Sha, Kak Ami, Saya dan sembilan orang member Darul Quran. Semua perempuan. Memang cadangnya ajak perempuan je. Abang Halim dan Abang Arif balik semula ke rumah masing masing selepas tolong kami apa apa yang patut. Terima kasih! :D Menu tengah hari tu, sambal sardin, telur dadar, sayur goreng dan nasi putih. Air ribena kot? Kalau tak salah. Lepas makan, mataku mula berat. Hahaha. Sya tidur sekejaplah dalam bilik kan. Sementara yang lain buat kerja lain. Ada juga yang tidur rasanya? Hoho kita gang! ^O^ Bangun bangun je tengok ayam dah siap perap, ikan dah siap perap apa semua untuk BBQ malam ni. Ohhoi seronoknya! :D *cepatkan cerita*

Malam tu Sya tolong bakar ayam, ikan, keledek dan sosej. Oh jagung! Tertinggal. Hihi. Macam pakai blusher tau. Merah muka Sya. Panas kan? Abang Yushaimi dan keluarga ada, Abang Roslan dan keluarga pun ada. Dengan abang Halim sekali. Banyak sangat makanan. Bihun Singapore kak Ami masak. Kenyang. Hihi. Lepas makan sembang sembang, sesi perkenalkan diri. Malu tau :> Lawa lawa kakak kakak tu. Paling suka Kak Maisarah. Sangat manja! Hahaha comel je xD 

Esoknya kami pun berkemaslah *pendekkan cerita. Nak keluar ni* Lepas ambil gambar kami pun balik. Terima kasih semua! :D Oh yes they call me Syasya/ Adik. Hikhik saya paling muda :> Okay bye, Haha take care! Love :*

Kak Sakina, Kak Hawa, Kak Nik, Kak Fajrina, Kak Sha, KakAina, Kak Mai, Kak Husna, Kak Fida & Kak Atiqa (Berdiri)
Saya -.- , Abang Halim ( Tuan Rumah) & Kak Ami
Jurugambar : Kak Is.
Camera : Kak Ami :>





Wassalamualaikum







Suci dari hati, Syasya Amirah binti Mohd Zaki

Comments

Popular posts from this blog

PLKN Pipelz

Will I Be Okay

Kucing Hitam Comel