Hello Australia
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
(Malaysia - Melbourne - Sydney - Canberra)
19 September 2012 YM Sheikh Dr Haji Md Radzi Haji Hanafi Guru Utama Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia dan rombongannya seramai 12 orang telah berangkat ke Australia. Okay formal nya bahasa~ Dalam 12 orang tu alhamdulillah Sya terpilih :) Tak sangka dengan bergerak dalam persatuan je dapat pergi oversea. Tak pernah bayangkan pun. Rezeki masing-masing kan? Alhamdulillah, I'm speechless :] PSSCPUHM dijemput untuk mengadakan persembahan silat dan sempena program Seminar Pembangunan Insan di Melbourne, Malaysian Fest di Sydney dan Syok Malaysia di Canberra, Australia.
Selama sembilan hari meninggalkan Malaysia. Suasana yang berbeza ya. Sejuk, takda nyamuk, nyaman. Tapi dari segi makanan memang Malaysia menanglah xD Kat sana pukul enam semua dah gelap, jaranglah nak jumpa orang keluar rumah. Then pukul enam pagi dah cerah dah. Berbeza ya.
Di Melbourne kami tinggal di rumah Cik Azahari & family di Epping. Sydney di rumah sewa apartment dan Canberra kami tinggal dalam cabin. Sepatutnya sekarang musim bunga panas panas macam tu tapi entah kenapa cuaca sejuk Kadang-kadang hujan. Cuaca tak menentu but everything's okay :) Cuma ada yang kurang sihat batuk batuk, sakit mata, selsema dan sakit tekak. Okay Sya sakit tekak masa dah naik flight nak balik Malaysia. Apasal entah? -_-
Banyak tempat kami pergi dan banyak peristiwa bersejarah terjadi. Silalah lihat gambar gambarnya ya di post lagi satu :) Okaylah ini sahaja.
Wassalamualaikum
Suci dari hati, Syasya Amirah binti Mohd Zaki
HIDUP CEKAK HANAFI!
Comments
Post a Comment