Permulaan Cerita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sya sambung balik cerita pasal camp tu eh :) So, hari kedua bangun pagi masuk dewan. Abang Hafiz ketua faci kat situ cakap ada PBSM nak datang. Dorang buat macam ada kapal terbang terhempas. Ramai gila orang matilah cedera parah semua. Real gila Abang Nizam(faci) kat situ dia lukis darah darah semua. Gambar takda so tak boleh nak tunjuk x) 

Sya dapat kumpulan tiga. Kumpulan tiga kena menyelamat. Kami kena guna blanket dengan apa entah lagi satu benda tu? Yang guna untuk angkat orang jugak tu. Yang ringan ringan memang relax je nak angkat. Tapi yang berat tu, Ya Allah nak patah pinggang Sya angkat. Memanglah angkat ramairamai kan tapi, kudrat perempuan biasalah. Nasib baik ada member lelaki sorang ni tolong angkat sekali. Kurang bebanan kami. Eheh terima kasih :D 

Oh sebelum tu, Abang Hafiz lantik penghulu dan penghuluwati untuk camp tu. Doranglah yang kena ambil tahu pasal kami semua ni. So handsome and cantik okay :D Penghuluwati tu form 2, so tak payahlah panggil kakak ann? Hahahahaha xP Ayu sungguh. Farah namanya. Tapi panggil Fawwah. Hahaha xD Penghulu pulak nama Abdullah dipanggil Dollah. Lol kelakarnya :D Tapi dia yang suruh panggil macam tu jadi lek ah. Hahah. Handsome! :D 

Ketua PBSM tu kata KRB tahun ni yang masa kami ni lah paling cepat buat. Kami habis dalam masa 45 minit sahaja. Dalam 45 minit tu kami dapat habiskan kesemua mangsa seramai 30 orang. Kat cawangan lain ada yang tak sempat habis. Alhamdulillah :) Tahniah kepada kami! Kita kan HEBAK! ;D 

Habis aktiviti ni kami dapat makan tengah hari air sirap oren sejuk. Sungguh nikmat Alhamdulillah :D Makanan dia mestilah nasi kan? lauk apa Sya tak ingat? Heheh. Lepas makan tu masuk dewan balik kalau tak silap? Ke pergi solat entah? Sya macam biasalah. Yang ma'zurah lepak cafe bersama ABG Muaz dalam segmen 'Aku Pun Tak Tahu?' Hahaha so lawak xD Abang Muaz faci untuk kumpulan Sya, kumpulan 11 :) 

Kalau tak silap, pada hari yang sama sebelah petang tu kami ada aktiviti Ikhtiar Hidup. Kena masak sendiri semualah. Ketua kena siapkan bahan api nak bakar apa semua. Penolong kena bagi instructions kat anak buah. Anak-anak buah hanya mendengar arahan. Kena kupas kentang pakai jari OoO Gilalah kan. Sya kupas guna tag nama je. Ngahaha xD Kakak faci kata boleh? :p Uli tepung pakai air biasa je nak buat roti. Balut telur dengan tanah liat. Sebiji telur sahaja ya. Then bakar semuanya. Bagi masak. Roti tu masak sikit jelah. Bau sedap x] Kentang and telur tak pasti? Hihi. 

Kami diberikan card yang berjumlah RM500. Card ni nyawa kamilah kiranya. Setiap kumpulan dapat card tu. Kalau sorang ke berapa banyak orang ada buat salah, card tu kena tarik. Ikut suka Abang Hafiz lah nak tarik RM10 ke Rm100 terus ke kan. Paling sikit jumlahnya masa hari terakhir, kena denda. Gilaa O>O 

Habis aktiviti, kami masuk bilik bersiap mandi apa semualah. Tak penat sangatlah kan. Malam tu ada ceramah lagi. Oh ya masa pagi sebelum PBSM tu, ada penyanyi namanya Muadz Zulkefly dengan MR Gendang datang. Best sangat! :D Suara dia sungguh sedap :D Heeee. Okay back to the topic. Lepas ceramah macam biasalah masuk dorm siapkan apa yang patut dan bum! Tidur :)

Keeseokan harinya, next post okeh :D





Wassalamualaikum






Suci dari hati, Syasya Amirah binti Mohd Zaki <3

Comments

Popular posts from this blog

PLKN Pipelz

Will I Be Okay

Kucing Hitam Comel