Mukadimah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hello human :) Apa khabar semua? Jawab HEBAT! *loghat Kelantan* Tau :D Haha Abe Ji. Comel je x) Okay okay Sya nak cerita pasal Kem Remaja Bestari(KRB) 2012 yang telah Sya sertai bersama seorang bestfriend Sya, Syahirah Suhaimi pada 2-5 Jun 2012. Camp ni dihadiri oleh manusia berumur 11 tahun, 14 tahun dan 16 tahun. Sya akan cerita dari hari pertama sampailah hari last. Baca, jangan tak baca! Haha xD Kalau taknak pun Sya tak kisah :p 

So, Jumaat 1 Jun 2012 Sya pergi rumah Syahirah tidur sana sebab my family nak balik Melaka, hantar my sister, Nadirah masuk U :) Tahniah Na <3 Pergi rumah Syahirah petang tu, then melepak kat sana makan baca novel. Tidur pukul tiga pagi sebab kusyuk sangat baca novel xD Nasib ah, siapa suruh bagi :P 

Bangun esok tu pukul enam pagi kot? Wahh tiga jam je saya tidur. Itu gempak! :D Alah, sejam pun pernah *poyolah tu* Mandi makan sambung baca novel. Niat nak habiskan baca tapi tak sempat. Takpalah, hari ni nak pi rumah Syahirah ambil phone and purse kan, nanti sambunglah baca balik :D 

Lepastu, bersedia untuk bertolak ke Lembah Azwen Resort, Hulu Langat. Sekejap je nak pi sana. Setengah jam eh? Ke tak sampai setengah jam entah? Sampai sampai, ambil bag turun bukit daftar. Dapat bilik dorm Sri Sentosa 2, dapat T-shirt Yayasan Tenaga Nasional(YTN). Ibu bapa tidak dibenarkan memasuki kawasan camp. Hohoho xP Bag saya sungguh besar ya! Macam nak lari rumah pun ada. Lalalala~ Then bag gedabak letak depan surau lepastu masuk dewan. Pakaian saya pada hari itu, T-shirt bowling sekolah warna merah, seluar jeans, tudung silat blue black, kasut sneakers. So simple~ ^-^v 

Sungguh ramai ya, 320 perserta + 40 facilitator + 10 orang atasan/orang yang terlibat = 370 manusia kat camp tu. Hahah gila ramai --" First day takda buat apa sangat. Duduk dalam dewan, keluar dewan makan dan solat sahaja. Makanan dia sungguh sedap dan berada dalam kuantiti yang banyak :D Abang-abang dan kakak-kakak faci yang hidangkan. Hah ambil kau, siap serve lagi. Air teh tarik sedap gilaaaaaaaaaaaa! Macam-macamlah air dia setiap kali makan tu. Sungguh baguslah :) 

Petang, masuk dorm. Saya dapat katil betul betul sebelah pintu utama dorm itu o.o Takpa tak kisah pun, saya memahami kenapa yang lain taknak katil disitu. Alah lagipun memang abang and kakak faci tu yang tolong angkat and letakkan bag kami kat katil-katil situ. So nasiblah. Katil saya sebelah Syahirah xD Kami tidur sama sama gitu. Hikhik :8) Satu bilik ada 24 katil so 24 oranglah kan. Memang best. Toilet ada empat bilik jugak. Okaylah kot. 

Lepas masuk bilik kena bersiap semua untuk maghrib, Sya ma'zurah. Lalalalala~ Jadi lepak kat cafe dialah. Lepastu makan malam. Lepas makan malam masuk dewan balik ada ceramah pasal ibu bapa kalau tak silap, pasal Allah dan Muhammad sekali. Menangis tak berlagu kau kat situ T.T First day je dah menangis. Sungguh menyentuh hati dan perasaan ya. Habistu minum malam pula. Lepastu masuk dorm. 

First time saya tidur macam kat asrama ya. Sungguh menyeramkan xD Kami dorm paling belakang. Sebelah kami hutan. Hewhew awesome! Sya tidur dengan Syahirah, kami tidur dekat dekat sebab katil tu dirapatkan dua dua dua. Selamat sikit rasa. Tak biasalah tidur sorang-sorang kat tempat baru ni x) Esok kena bangun pukul 4.30, dah ada kat surau pukul 5.30 :O Gila ann? Haha, tapi apakan daya, kami hanya mengikut. 

So, tidurlah kami semua. Lights off! *klik*





Wassalamualaikum





Suci dari hati, Syasya Amirah binti Mohd Zaki <3

Comments

Popular posts from this blog

PLKN Pipelz

Will I Be Okay

Kucing Hitam Comel