You Are The Best!

TAHNIAH HARIMAU MUDA!

MALAYSIA BOLEH! ;D

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


wieee semua rakyat Malaysia tengah gembira. pegi kerja pun senyum je. kena marah dengan boss pun senyum je. budak kolej pulak tak siap assignment pun relax je, macam tak ada apa apa berlaku. budak sekolah, lagilah best! duduk umah tengok tv je. tak pun online. kerja rumah tak siap pun tak kisah. sebab tahu mak ayah takkan marah. hati tengah gembiralah katakan. hikhik *gedik* x)

korang semua dah makan? sya dah tadi, makan roti bakar dengan air coklat. nasi ada, tapi lauk belum masaklah. tu nad baru nak masak. :) hehe budak SPM masak. mesti sedap kan? muahaha! :D 

so, harini sya nak cerita pasal kemenangan pasukan Harimau Muda semalam. sya online waktu tengok bola tu. ayah, akak, nad dengan mak pun tengok bola sekali. abang amal takda, dia ada meeting kat umah persatuan. hee rugi je :p masa tengok tu memang bising gilalah. ayah bengang gila dengan pemain Malaysia. lagi lagi dekat Mahali tu. haha sengal je. sya tak tahu apa apa? sya tengok je x) kat twitter memang ramai gilalah yang tweet pasal bola. seriously. kalau siapa yang on tweeter smalam tahulah brapa banyak yang tweet. 

okay sya cepatkan ye, masa penalti tu, memang nervous gila! tahniahla kat Apek sebab ada kuasa psikik so tahu mana pemain Indonesia nak sepak. hehe gurau gurau. sejuk kot tangan tengok dorang goal tu. lagi lagi masa Baddrol nak goal kan tu. bila masuk je goal, semua jerit GOOOOAAAALLLLLLLL!!!!!! ayah siap menari nari lagi, kitorang tepuk tangan sampai sakitlah tangan nie haa, sampai merah. pastu ayah sep tangan semua. hahah memang bestlah semalam. semua happy! :D berdebar debar rasa macam nak pengsan je happy sangat. hehe. 

pastu sya tengoklah tweeter kan, adalah sorang perempuan Indonesia ni macam marahlah dengan apa yang sya tweet. duhh, kisah pulak? tapi takpalah, sya pun congrats lah kat dia punya negara kan? karang gaduh haru. tapi satu je nak complain, dia cakap bahasa dia macamlah sya ni faham. hello? i Malaysian okay. not Malayindon. -- pastu sya pun macam, okay cubalah faham fahamkan. pastu, duhh what ever. just ucap tahniah. malas nak panjang panjang. 

apa apa pun, tahniah kat dua dua negara, kita negara jiran kan? tak eloklah bergaduh ni. tak molek. tapi, walaupun Indonesia juara umum, kami JUARA BOLA :D game yang paling penting. huahh, sudah sudahla bola ni ye, sya bukannya tahu sangat pasal bola. ehehehe. okay, jumpa lagi. oh insyaAllah Khamis ni Hir, Syahirah Suhaimi and Fareesya nak datang rumah. nak makan makan. nanti sya ajak mimi and asiela dengan mai sekali. ramai sikit kan? jadi sya kena masak. esok nak pegi beli barang dengan mimi kat WWM. 

okeh tu jelah! jumpa lagi byebye~






Wassalamualaikum







Suci dari hati, Syasya Amirah bt Mohd Zaki

Comments

Popular posts from this blog

PLKN Pipelz

Kucing Hitam Comel

Will I Be Okay