Aku Dah Menyampah Lah Tengok Kau!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


oi oi, aku nak bagitahu ni, maaf ye bahasa kasar sikit! aku sebenarnya, aku dah menyampahlah nak tengok kau lagi. menyampah gilaa! rasa macam nak campak jauh jauh je kau tuu. disebabkan kaulah kepala aku jadi berdenyut denyut. sakit gila tahu? duh kau mana tahu. disebabkan kaulah aku terpaksa kerja six hours non stop! penat kot. seriously aku menyampah! menyampah menyampah menyampah! Lol

______________________________________________________


ehem ehem , betulkan suara sikit. hihi x) yang kat atas tu sebenarnya saje saje je nak bergurau senda, nak bermanja manja dengan korang. cehh tetibe. takdalah, sya nak cerita pasal Gambar Konvo sebenarnya. 

okay malam khamis tu kami start susun gambar konvo. gambar konvo PSSCPUH haritu. yang susun masa malam rabu tu sya, kak maz, akak and abang fahmi. abang faizal daros pun ada, dia tolong tengok gambar je. hahaha. malam tu kami siapkan lembah klang je. empat kotaklah dah siap. kami asingkan cawangan. tapi tak ramai. buat sampai pukul 12 pagi. start pukul sembilan malam macam tulah. hari khamis tu sya, akak and kak maz je yang susun. abang fahmi takda entah pergi mana? tapi dia memang dah bgtahu dia takda. 

pastu sambung hari sabtu pagi. haa yang ni ramai sikit. sya, kak maz, akak, kak is dengan kak nom. pastu yuyui dengan iqa pun join sekali. kami start susun pukul 12 tengah hari. susun susun susun sampai pukul empat lebih tu yuyui dengan iqa kena balik sebab malam tu dorang nak balik Johor. jadi kami teruskanlah. last sekali kami susun cawangan Johor. sumpah ramai gila. sratus lebih kot gambar? tapi tak boleh lawan lembah klanglah ye?hehe. x) seriously memang enjoylah waktu susun tu. gelak tak henti dengan kak nom and kak is. haha kelakar. sakit perut den golak. hahaha 

kami habis susun tu pukul 6 petang. ambik kau susun gambar non stop. enam jam non stop. nasib baik kak is bawak kuih lapis. makan tu jelah. haha tapi kami pun tak sedar langsung rasa lapar tu. seriously. :) memang lega gilalah dah habis. kepala dari berdenyut terus okay. lepas habis tu kami tengok bola. lepas habis bola kami pergi makan. woaahhhh lapar wehh!

sya makan Nasi Goreng U.S.A. banyak gilaa nasi dia. penuh pinggan. sedap jugaklah. daging dia tuu, okaylah. not bad :) dan macam tak percaya sya dapat habiskan semua tu. oh my good full gila perut doo. dan macam biasalah my favourite drink, air suam. huh puas. lepas makan, lepak kejap pastu kami pun balik. dah selesai kerja. 

title tu saje je sebenarnya nak tarik perhatian, hehe yelah, makin lama tengok gambar makin menyampah. cehh takdalah, okay je, hahaha. tapi penatlah. but its okay, i enjoy doing it! :D and now tunggu masa HTP(Hari Tenaga Pengajar) untuk bagi gambar tu kat setiap cawangan :) 

so, tu je untuk post ni. sorry tak best sangat, takda idealah nak buat dia jadi interesting. 





Wassalamualaikum






Suci dari hati, Syasya Amirah bt Mohd Zaki ;)

Comments

Popular posts from this blog

PLKN Pipelz

Kucing Hitam Comel

Will I Be Okay