Assalamualaikum dan selamat sejahtera Hi.Memandangkan battery netbook Sya dah tinggal nyawa-nywa ikan, Sya akan cuba untuk menaip sepantas mungkin tanpa ada apa-apa kesalahan ejaan. Ayuh! Pejam celik pejam celik, dah habis cuti pertengahan tahun selama 14 hari. Dua minggulah kan. Okay korang pun tahu. Alhamdulillah, cuti kali ni banyak aktiviti yang produktif dilakukan daripada asyik bangun masa matahari dah terpacak atas kepala, tengok tv, jadi burung hantu sampai lepas subuh baru nak gedik tarik selimut. Teruk okay. Hahaha. Bila lagi? Ni tahun terakhir sebagai pelajar sekolah kot. Isilah tahun ni dengan pelbagai sejarah yang indah. Ngeh tak best ah ayat tu. Takpalah. Alhamdulillah, minggu pertama cuti tengah tahun ni Sya dah buat perkara yang berfaedah. Hari Isnin-Rabu pergi kelas tambahan. Pada mulanya memang Sya tak daftar pun sebab hajat cuti ni nak tidur selama seminggu straight tanpa bangun makan minum mandi. Hahaha bajet sikit....