Sweet Seventeen ;)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Allah selamatkan saya, Allah selamatkan saya, Allah selamatkan Syasya Amirah, Allah selamatkan saya Syukur alhamdulillah. Pada hari ini, 28 Mei 2013 telah genap Sya berumur 17 tahun. Kalau ikut bulan Islam dah 18 tahun. Hihi 10 Muharram kan :) Setelah penat lelah mak ayah abang-abang dan kakak-kakak membesarkan Sya yang gedik ni haa. Alhamdulillah dah 17 tahun pun. Lepas ni dah masuk universiti insyaAllah. Tinggal mak ayah je kat rumah. Tapi kalau boleh balik hari, Sya nak balik hari. Lagi terjamin. Tak kisahlah orang nak kata tak dapat pengalaman tidur dorm ke apa kan? Janji bahagia :> Sya tak kacau hidup diorang kan dah diam. Haha. Tahun ni tahun terakhir Sya sambut birthday sebagai budak sekolah. Lepas ni mahasiswi pula. Banyak sangat pengalaman dan pengajaran yang Sya dapat selama 17 tahun ni. Terima kasih kepada cikgu-cikgu, rakan-rakan kerana sudi berdamping dengan Sya. Menjadi tunjuk ajar kepada Sya. Semoga sentiasa diberkati d...